Artikel Terkini

10 Adab Ketika Makan Yang Anda Perlu Tahu

10 Adab Ketika Makan Yang Anda Perlu Tahu
10 Adab Ketika Makan Yang Anda Perlu Tahu 1

Apakah adab yang perlu diamalkan ketika makan. Artikel ini saya akan membahaskan tentang 10 adab ketika kita hendak makan. Saya juga akan melampirkan setiap dalil supaya kita jelas dengan adab-adab ini selaras dengan sunnah Rasulullah.

Ketika kita hendak makan, ada banyak adab yang boleh kita amalkan. Adab-adab ini telah diajarkan oleh Rasulullah sejak dahulu lagi. Adab-adab ini juga bukan sekadar untuk menayangkan keperibadin mulia, tetapi ia juga bagus untuk kesihatan kita.

Makan merupakan satu keperluan asasi manusia. Manusia hendaklah mengamalkan adab-adab tertentu supaya aktiviti makan itu tidak memakan dirinya kembali. Orang yang tidak cakna dengan etika makan akan membahayakan diri.

Adab Ketika Makan

Berikut merupakan 10 adab ketika hendak makan:

1. Makan makanan yang halal

Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 88:

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

Dalam syariat Islam, terdapat makanan yang tidak halal seperti daging babi dan lain-lain. Dalam al-Quran, tidak dinyatakan secara terperinci kenapa daging-daging haiwan seperti itu diharamkan. Namun, menurut kajian moden, terdapat penyakit-penyakit  berjangkit datang daripada daging babi.

Mungkin itu merupakan salah satu hikmah pengharaman memakan daging tersebut. Kita hendaklah optimistik dengan syariat Allah. Apabila Allah mengharamkan, pasti ia memudaratkan. Sekiranya Allah menggalakkan atau memerintahkan, maka pasti terdapat kemaslatan padanya.

2. Membaca bismillah dan doa makan

Daripada Abdullah Bin Amr RA, apabila Rasulullah SAW mendekati makanan, baginda akan berdoa:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، بِسْمِ اللَّهِ

Maksudnya: Ya Allah berkatilah kami dan berkatilah apa yang kau rezekikan kami ini dan peliharalah kami dari azab neraka. Bismillah. (Riwayat at-Tabrani)

Hadis ini statusnya dhaif. Namun, perlu diingatkan bahawa hadis dhaif boleh digunakan untuk kebaikan beramal.

Rasulullah juga bersabda:

Bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan Rasulullah menyarankan untuk membaca sekadar bismillah ketika hendak makan?

Maka, mana satu yang lebih baik?

Saya secara peribadi tidak berani untuk menilai keutamaan suatu amalan. Sesiapa yang membaca doa allahumma barik lana, dia telah berdoa dengan baik.

Sesiapa yang hanya membaca bismillah, dia telah cuba untuk mengikut saranan Rasulullah dengan tepat tanpa menambah dan mengurangkan apa-apa.

Saya kira, dua-dua baik. Tidak perlu dibandingkan amalan.

3. Basuh tangan sebelum makan

Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW jika beliau ingin tidur dalam keadaan junub, beliau berwuduk dahulu. Dan ketika beliau ingin makan atau minum beliau mencuci kedua tangannya, baru setelah itu beliau makan atau minum. (Riwayat Abu Daud dan Nasai)

Hal ini bukan sahaja sunnah dan adab, akan tetapi ia memberi manfaat kepada kesihatan badan kita. Pada tangan kita kadang-kadang terdapat penyakit. Jadi, kita sepatutnya janganlah memasukkan penyakit itu dari tangan kita ke dalam mulut pula. Ia akan menyebabkan sakit tekak dan lain-lain.

Cara untuk mengelak hal ini berlaku, basuhlah tangan kita sebelum makan.

4. Memuji Allah atas nikmat makanan

Kita hendaklah berterima kasih dengan Allah atas nikmat makanan yang telah Dia kurniakan kepada kita. Dengan kesyukuran, moga-moga Dia tambahkan lagi nikmat untuk kita.

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT meredai seorang hamba yang ketika makan suatu makanan lalu dia mengucapkan alhamdulillah. Dan apabila dia minum suatu minuman maka dia pun mengucapkan alhamdulillah. (Riwayat Muslim)

Setelah kita makan dan minum, bacalah lafaz alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita nikmat ini.

5. Jangan membazir

Islam sangat melarang para penganutnya daripada melakukan sesuatu yang berlebih-lebihan termasuklah hal makan.

Allah berfirman dalam Surah al-A’raf ayat 31: Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan. Ketika kita hendak makan, ambillah dalam kadar yang sesuai untuk kita sahaja. Jangan terlalu yakin bahawa kita boleh menghabiskan semuanya. Mungkin itu hanya nafsu kita ketika lapar. Apabila sudah makan nanti, kita tidak mampu untuk habiskan pula.

6. Ambil makanan yang hampir

Ini merupakan saranan Rasulullah dalam hadis. Baginda bersabda: Bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saranan ini terpakai ketika kita sedang makan beramai-ramai dan dihidangkan pelbagai jenis lauk di hadapan kita. Maka, ambillah mana-mana yang dekat dengan kita. Ini merupakan salah satu adab kita ketika makan.

7. Makan dengan tangan kanan!

Rasulullah bersabda: Jika seseorang dari kalian makan maka makanlah dengan tangan kanannya dan jika minum maka minumlah dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya. (Riwayat Muslim)

Menggunakan tangan kiri untuk makan merupakan satu perbuatan yang diamalkan oleh syaitan. Kita tidak digalakkan langsung untuk melakukan sedemikian lalu sama dengan syaitan. Hendaklah kita menggunakan tangan kanan.

8. Jangan mencela makanan

Kalau kita tidak suka dengan suatu makanan yang sedang kita makan itu, janganlah mencelanya.

Daripada Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan sama sekali. Apabila beliau menyukainya, maka beliau memakannya. Dan apabila beliau tidak suka terhadapnya, maka beliau meninggalkannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila kita suka dengan suatu makanan itu, makanlah dengan baik. Namun, sekiranya kita tidak suka, eloklah kita tinggalkan sahaja. Jangan pula kita mencelanya.

9. Makan dahulu

Rasulullah bersabda: Jika makan malam sudah disajikan dan iqamat solat dikumandangkan, maka dahulukanlah makan malam. (Riwayat Bukhari)

Kenapa?

Kerana, perut yang lapar mengganggu konsentrasi kita ketika solat. Kita akan memikirkan soal makan sahaja. Maka, lebih elok, kita makan dahulu, baru solat.

10. Baca doa selepas habis makan

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْنَ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami muslim. (Riwayat Abu Daud)

Hadis doa selepas makan ini juga merupakan hadis dhaif. Namun, tetap boleh diamalkan atas dasar keutamaan beramal. Jikalau tidak mahu pun, boleh juga mengucapkan alhamdulillah. Tujuannya adalah untuk memuji Allah atas nikmat makanan yang telah kita makan.

Rujukan

  1. 9 Adab Makan dan Minum dalam Islam, Ikuti Teladan Rasulullah. -Merdeka.com
  2. Status Hadis Doa Sebelum/Selepas Makan Yang Masyhur. -Azrinshah.com
  3. Adab Makan Dan Minum Dalam Islam Yang Di Amalkan Rasulullah SAW. -al-araudah.com
  4. 8 Adab Makan dan Minum dalam Islam. – Liputan 6

10 Adab Ketika Makan Yang Anda Perlu Tahu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list