Artikel Terkini

10 Juta Jadi Mangsa Kekejaman Raja Leopold II Di Congo

10 Juta Jadi Mangsa Kekejaman Raja Leopold II Di Congo
10 Juta Jadi Mangsa Kekejaman Raja Leopold II Di Congo 1
Follow our Telegram

Pentas antarabangsa selalu menyebut tentang “jenayah terhadap kemanusiaan” (crime against humanity) sampai naik muak jadinya.

Diulang-ulang sebutan tersebut bagaikan seruan sakti, walhal sekadar menggambarkan peristiwa buruk di negara orang.

Walau bagaimanapun, sebutan keramat ini sudah lama digunakan iaitu sejak tahun 1890 lagi apabila seorang anggota tentera Amerika Syarikat menyahut tawaran untuk ke negara Congo.

Ketika itu, Congo berada dalam pangkuan Belgium yang dikuasai Raja Leopold II. Apabila sebut “pangkuan”, maksudnya itulah perspektif Williams yang sangat teruja untuk berjumpa Leopold II.

Setibanya di Congo, tekak Williams selalu loya dengan benci yang pekat terhadap Leopold. Tiada apa yang harus dibanggakan. Congo dilayan macam sampah, jauh sekali ditatang dalam pangkuan.

Kezaliman yang dilakukan terhadap warga Congo menaikkan berang Williams yang menyebut “crimes against humanity” buat julung kalinya.

Negara Bebas Yang Tidak Bebas

10 Juta Jadi Mangsa Kekejaman Raja Leopold II Di Congo 2

Raja Leopold II memang pandai main ayat jika ingin berdusta. Beliau cekap menyembunyikan muslihatnya daripada pengetahuan negara-negara Eropah yang berkumpul untuk Persidangan Berlin.

Leopold bangkit dengan cadangan yang menampakkan dirinya sebagai raja berwibawa. Baginda ingin mengambil negara Congo untuk “tujuan kemanusiaan dan kedermawanan”.

Perkembangan susulan membuatkan Congo jadi milik tunggal baginda – sebuah negara dijajah Belgium tanpa sebarang hitam putih melainkan persetujuan Eropah.

Agaknya semua tahu apa akan berlaku, apabila seorang penguasa Barat pegang wilayah asing. Asal pegang memang dasar ambil kesempatan habis.

Kesempatan apa boleh diambil dalam negara yang sentiasa di hujung tanduk muflis? Rakyatnya pula terlalu miskin hingga tidak cukup makan.

Apa Leopold peduli – bukan baginda pernah jejak masuk Congo pun. Yang baginda nampak cuma dua benda sahaja: gading (ivory) dan getah. Kebetulan pula lima tahun selepas menguasai Congo, harga getah melambung.

Bencana Besar Yang Menimpa Congo

Cara hidup rakyat Congo membolehkan penularan penyakit, dibantu pula dengan faktor cuaca. Salah satu penyakit yang menimpa bumi ini adalah African trypanosomiasis, sejenis parasite dibawa serangga.

Demam panas mengganggu imbangan tidur pekerja yang tidak disediakan rawatan sebaik mungkin.

Tidak cukup dengan penyakit ini, mereka berdepan pula dengan demam campak dan selsema babi. Ikut jangkaan, seramai 500,000 orang meninggal dunia kerana penyakit semasa pemerintahan haram Leopold.

Kerajaan Leopold pula tidak kisah rakyat Congo sedang mati. Mereka menetapkan kuota getah yang wajib dipatuhi. Sesiapa yang tidak penuhi kuota akan dibawa ke suatu tempat.

Dan di situ juga mereka akan potong tangan pekerja yang gagal (Folsom, 2016). Hukuman ini sudah cukup berat. Kalau gagal capai kuota lagi, pekerja tersebut akan dijatuhi hukuman mati pula. Kadang sebelum bunuh, mereka akan membawa anak muda untuk dipaksa rogol ibu dan adik perempuan sendiri.

Macam-macam dilakukan pada rakyat Congo. Tangan mereka diletakkan dalam bakul untuk digantung pada pondok polis sebagai simbol.  Ada yang dipotong kemaluan pun, hanya kerana tidak mencapai sasaran pengeluaran.

10 Juta Jadi Mangsa Kekejaman Raja Leopold II Di Congo 3
Seorang bapa melihat tangan dan kaki anaknya.

Tindakan Belgium terhadap Congo tidak mengundang tempias undang-undang kerana 1) asas kenegaraan Congo dan 2) rasisme terhadap warga kulit gelap.

Apabila Joseph Stalin memusnahkan Ukraine ketika Holodomor, ramai bising. Apabila bangsa Yahudi, Poles dan Romani dizalimi Jerman, ramai bising. Walau bagaimanapun, semua pakat diam ketika Leopold mengimarahkan dasar… yang menyebabkan lebih daripada 10 juta kematian di “Congo Free State” (Rannard & Webster, 2020).

10 Juta Jadi Mangsa Kekejaman Raja Leopold II Di Congo 4
Tugu Leopold yang dibakar.

Hanya selepas perginya George Floyd baru Belgium terhegeh-hegeh ingin membetulkan keadaan… selepas ratusan tahun lamanya.

RUJUKAN:

Folsom, J. (2016). Antwerp’s Appetite for African Hands. Contexts. 15 (4): 65-67.

Rannard, G., & Webster, E. (2020, Jun 13). Leopold II: Belgium ‘wakes up’ to its bloody colonial past. BBC.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]10 Juta Jadi Mangsa Kekejaman Raja Leopold II Di Congo 5[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list