Artikel Terkini

1,420 kemalangan sepanjang 4 hari pertama Op Selamat di Selangor

1,420 kemalangan sepanjang 4 hari pertama Op Selamat di Selangor
1,420 kemalangan sepanjang 4 hari pertama Op Selamat di Selangor 1

1,420 kemalangan sepanjang 4 hari pertama Op Selamat di Selangor
Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed, berkata jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 30.87% atau 634 kes berbanding empat hari pertama Op Selamat 16 pada Tahun Baharu Cina 2020 yang mencatatkan 2,054 kes.

SHAH ALAM: Op Selamat 17 Polis Kontinjen Selangor sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 catatkan 1,420 kes kemalangan dalam tempoh empat hari pertama, kata Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed.

Bagaimanapun beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 30.87% atau 634 kes berbanding empat hari pertama Op Selamat 16 pada Tahun Baharu Cina 2020 yang mencatatkan 2,054 kes.

“Sejak dilancarkan pada 28 Jan lepas, daripada jumlah kes kemalangan jalan raya direkodkan, 219 kemalangan berlaku di lebuh raya, 96 kemalangan di jalan persekutuan, 182 kemalangan di jalan negeri, 825 kemalangan di jalan bandaran dan 98 kemalangan di lain-lain jalan,” katanya.

Bagi kes kemalangan maut pula, sebanyak lapan kes telah direkodkan yang kesemuanya melibatkan penunggang motosikal.

“Jumlah ini juga menunjukkan penurunan sebanyak enam kes, di mana dalam Op Selamat 16 tahun 2020, sebanyak 14 kes kematian direkodkan yang melibatkan 11 penunggang motosikal dan tiga kes pejalan kaki,” katanya.

Beliau berkata sejumlah 11,464 saman pelbagai kesalahan turut dikeluarkan pihaknya yang melibatkan kesalahan melebihi had laju (10,879); tidak mematuhi lampu isyarat (318); menggunakan alat komunikasi semasa memandu (236); memotong barisan (27); memotong garisan berkembar (tiga) dan pandu di lorong kecemasan (satu).

Op Selamat 17 sedang dilaksanakan selama 10 hari sehingga 6 Feb, 2022.


1,420 kemalangan sepanjang 4 hari pertama Op Selamat di Selangor 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list