Artikel Terkini

2 rentung, pacuan 4 roda langgar lori kontena di LPT1

2 rentung, pacuan 4 roda langgar lori kontena di LPT1
2 rentung, pacuan 4 roda langgar lori kontena di LPT1 1

Polis berkata nahas dipercayai berlaku selepas pacuan empat roda itu hilang kawalan lalu merempuh belakang lori kontena.

2 rentung, pacuan 4 roda langgar lori kontena di LPT1
Keadaan pacuan empat roda yang terbakar selepas merempuh belakang lori kontena di KM108.7 LPT1 di Temerloh hari ini. (Gambar JBPM)

KUANTAN: Dua rentung apabila pacuan empat roda dinaiki mereka terbakar selepas merempuh belakang lori kontena di KM108.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di Temerloh awal pagi tadi.

Ketua Polis Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff, berkata pihaknya menerima maklumat pada 5.22 pagi dan kedua-dua mangsa didakwa terperangkap selepas kenderaan itu tersangkut di belakang lori kontena terbabit.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan pacuan empat roda hilang kawalan lalu merempuh lori kontena. Pemandu lori kontena memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila menyedari kemalangan berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tiada pengenalan diri ditemui pada mangsa, namun pihaknya percaya kedua-dua mangsa ialah lelaki berusia 24 tahun berdasarkan keterangan awal waris.

Mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi 09 2716086 atau pegawai penyiasat trafik IPD Temerloh Thuvanesvari 018 9724346 bagi membantu siasatan.

2 rentung, pacuan 4 roda langgar lori kontena di LPT1 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Usahawan sambut hari lahir kucing di butik mewah, siap tempah hadiah khas