Artikel Terkini

20,041 kes hilang wang dari bank tahun lalu, kata Anwar

20,041 kes hilang wang dari bank tahun lalu, kata Anwar
20,041 kes hilang wang dari bank tahun lalu, kata Anwar 1

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kes kehilangan wang paling banyak membabitkan penipuan belian dalam talian sebanyak 9,258 kes.

20,041 kes hilang wang dari bank tahun lalu, kata Anwar
Anwar Ibrahim berkata kerajaan memandang serius kes kehilangan wang dari institusi perbankan, dengan langkah berterusan diambil bersama agensi dan badan berkaitan untuk menangani isu berkenaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, rekod laporan polis menunjukkan 20,041 kes kehilangan wang dari bank sepanjang tahun lalu.

Menteri kewangan itu berkata, kes paling banyak direkodkan ialah 9,258 kes penipuan belian dalam talian.

“Turut dilaporkan berkaitan ‘Macau Scam’ sebanyak 3,370 kes, penipuan pelaburan (3,266 kes), penipuan pinjaman tidak wujud (3,174 kes), ‘African scam/Love scam’ (792 kes), penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebanyak 139 kes dan ‘Business Email Compromise’ (42 kes).

“Isu jenayah siber atau penipuan dalam talian ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di peringkat global,” katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) berhubung usaha kementerian menangani kelemahan sekuriti bank yang semakin membimbangkan rakyat.

Katanya, kerajaan memandang serius kes kehilangan wang dari institusi perbankan, dengan langkah berterusan diambil bersama agensi dan badan berkaitan untuk menangani isu berkenaan.

Beliau berkata, langkah diambil merangkumi tiga aspek teras, iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan pendidikan serta kesedaran.

Bagi industri kewangan, katanya, Bank Negara (BNM) menetapkan keperluan untuk bank memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa di tahap tertinggi, terutamanya perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih.

“Kebanyakan kejadian kehilangan wang dalam akaun bank berpunca daripada kebolehan dan keupayaan penjenayah memperdaya pemilik akaun untuk menyerahkan maklumat peribadi, termasuklah kata laluan kepada penjenayah.

“Ia berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui muat turun perisian hasad atau ‘malware; oleh pemilik akaun sendiri.”

20,041 kes hilang wang dari bank tahun lalu, kata Anwar 1
kontraktor rumah
bina rumah

See also  Denda atau penjara jika berbogel di bilik hotel Singapura
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo