Artikel Terkini

4 Sifat Mustahil Bagi Rasul

4 Sifat Mustahil Bagi Rasul
4 Sifat Mustahil Bagi Rasul 1

Apakah sifat mustahil bagi seseorang rasul? Artikel ini akan membincangkan 4 sifat yang mustahil bagi seseorang rasul itu untuk memelikinya.

Rasul

Rasul dari segi bahasa bermaksud berturut-turut. Dari segi istilah pula, rasul ialah lelaki yang dipilih oleh Allah, menerima wahyu dan wajib menyampaikannya kepada kaum mereka masing-masing.

Beza rasul dengan nabi adalah nabi itu lebih umum. Setiap rasul itu merupakan nabi, tetapi bukan semua nabi merupakan rasul.

Nabi pula menerima wahyu, tetapi tidak diwajibkan untuk menyampaikan syariat kepada sesiapa. Cukup untuk dirinya sendiri sahaja.

Allah berfirman dalam Surah al-Anbiya’ ayat 73:

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.

Para rasul itu adalah ikutan kepada umatnya. Setiap yang diperintahkan itu wajib diikuti. Barangsiapa yang berbuat kufur dengan rasul mereka, nescaya mereka sedang melawan Allah yang mengutuskan mereka.

Sifat-sifat Mustahil bagi Para Rasul

1. Menipu

Para rasul itu mustahil berdusta dengan apa yang dibawa kepada masyarakat atau umatnya. Mereka hanya bercakap berdasarkan wahyu dan kebenaran. Mereka tidak akan sesekali menipu dan berdusta dengan apa yang diwahyukan kepada mereka.

2. Khianat

Para rasul tidak akan berbuat khianat dengan agama dan Allah SWT. Mereka amanah dengan tanggungjawab yang ditaklifkan kepada mereka, yakni menyampaikan syariat Allah kepada umat.

3. Jahil

Sangat mustahil sekiranya para rasul itu jahil. Mereka sangat bijaksana dan hikmah dalam berhadapan dengan semua jenis situasi. Mereka petah dalam berkata-kata. Fikiran mereka tajam. Para rasul juga tidak dungu, gila atau terencat akal.

4. Sembunyikan

Para rasul tidak akan menyembunyikan wahyu atau apa-apa kebenaran. Setiap yang mereka ada, mereka pasti akan sampaikan kepada umat. Tidak ada kasta dalam beragama, semuanya mereka ajarkan dan sampaikan secara sama rata.

Para rasul tidak menokok tambah apa yang diwahyukan kepada mereka. Mereka menyampaikan wahyu dalam bentuknya yang asli.

Sifat Rasul

Allah berfirman dalam Surah al-Furqan ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad SAW) melainkan orang-orang yang tentu makan, minum dan berjalan di pasar-pasar.

Para rasul itu manusia biasa yang mempunyai fitrah sebagai manusia biasa seperti makan, minum tidur dan seterusnya. Namun, dari sudut akhlak, mereka tidak akan berbuat hal-hal yang dapat mencalarkan martabat mereka sebagai rasul. Para rasul mustahil berbuat maksiat dan dosa besar. 

Antara sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh para rasul ialah:

1. Benar

Rasul itu sentiasa membawakan berita yang benar. Mereka tidak bercakap berdasarkan nafsu mereka. Mereka sentiasa bercakap bertepatan dengan apa yang diwahyukan kepada mereka.

Allah berfirman dalam Surah Yasin ayat 52:

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? (Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!

Ayat memberitahu kita bahawa, apabila orang yang dahulunya tidak percayakan para rasul. Mereka bertemu dengan Allah, mereka hendak dihukum, barulah mereka sedar, sebenarnya apa yang dikatakan oleh para rasul itu sungguh-sungguh benar!

Allah berfirman dalam Surah an-Najm ayat 3 dan 4:

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Apa yang dikatakan oleh rasul itu adalah bertepatan dengan wahyu. Mereka tidak akan berkata sesuka hati.

2. Menyampaikan

Para rasul itu tidak menyembunyikan wahyu dan syariat. Mereka akan menyampaikan kepada orang ramai.

Allah berfirman dalam Surah al-Ma’idah ayat 99:

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja, dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

3. Bijaksana

Para rasul itu mempunyai hikmah dalam sahsiah dan fikiran.

Allah berfirman dalam Surah Sad ayat 20:

Dan Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepitahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman).

4. Amanah

Para rasul itu boleh dipercayai. Mereka menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti.

Kesimpulan

Para rasul itu mustahil berdusta, khianat, jahil dan menyembunyikan kebenaran.

Rujukan

1. Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali. (2015). Perbahasan Akidah Islam. Pustaka Salam.

4 Sifat Mustahil Bagi Rasul 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list