Artikel Terkini

5 Rasul Ulul Azmi dan Kisah Mereka

5 Rasul Ulul Azmi dan Kisah Mereka
5 Rasul Ulul Azmi dan Kisah Mereka 1

Dalam artikel ini, penulis akan membincangkan rasul ulul azmi. Apakah yang dimaksudkan dengan rasul ulul azmi? Siapakah mereka? Apakah ciri-ciri mereka? Apa yang telah Allah firmankan tentang mereka?

Pengenalan kepada Ulul Azmi 

Setiap nabi dan rasul itu, martabat mereka berbeza. Ada yang dikatakan kalimullah (bercakap dengan Allah iaitu Nabi Musa AS. Ada juga yang menjadi penghulu kepada segala umat dan manusia, yakni Nabi Muhammad SAW. Rasul yang paling mulia dan paling tinggi martabatnya ialah Nabi Muhammad SAW.

Perbezaan martabat ini, Allah sebutkan dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 253:

Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu.

Maksud Ulul Azmi

Azmi dari segi bahasa bermaksud azam, iaitu tekad yang kukuh dan kesungguhan. Gelaran azmi ini diberikan kepada rasul-rasul tertentu kerana azam mereka menghadapi cabaran yang luar biasa berbanding rasul atau nabi yang lain.

Allah berfirman dalam Surah al-Ahqaf ayat 35:

(Jika demikian orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad SAW) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya rasul-rasul ulul azmi (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) daripada kalangan rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu).

Sabar merupakan salah satu sifat rasul yang ulul azmi. Al-Quran menggunakan perkataan azmi merujuk kepada rasul-rasul ulul azmi kerana kesabaran mereka.

Siapakah Rasul Ulul Azmi?

  1. Nabi Nuh
  2. Nabi Ibrahim
  3. Nabi Musa
  4. Nabi Isa
  5. Nabi Muhammad

Mengapa mereka mendapat martabat ulul azmi?

1. Nabi Nuh

Salah satu sebab adalah Nabi Nuh telah berdakwah selama 950 tahun. Meskipun baginda telah berdakwa dengan selama itu, hanya sebilangan kecil sahaja orang yang beriman, yakni 80 orang.

Allah berfirman dalam Surah al-Ankabut ayat 14:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggallah ia dalam kalangan mereka selama 950 tahun.

Ayat ini merupakan bukti kepada pernyataan bahawa Nabi Nuh telah berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun. Bukan sekadar bilangan orang yang mengikuti baginda itu sedikit sekali, namun isteri dan anak baginda sendiri pun tidak beriman dengan dakwah yang baginda bawa.

Allah berfirman dalam Surah at-Tahrim ayat 10:

Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)”.

Ayat ini memberitahu kepada kita bahawa isteri Nabi Nuh sendiri telah kufur dengan dakwah baginda. Walaupun yang berdakwah itu nabi, tidak menjamin bahawa ahli keluarga sendiri akan beriman secara automatiknya.

Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 42:

Dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang kafir.

Anak Nabi Nuh sendiri tidak mengukit perintah ayahnya walaupun balasan Allah itu telah berlaku nyata di depan mata. Itu telah membuktikan bahawa dakwah Nabi Nuh itu benar, pun dia tidak mahu menurutinya.

2. Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim telah menentang Raja Namrud yang kejam, zalim dan jahat. Ketika itu, Raja Namrud merupakan pemerintah Babylon. Nabi Ibrahim telah dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud dan kaumnya.

Allah berfirman tentang kisah itu dalam Surah al-Anbiya’ ayat 68:

(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya.

Nabi Ibrahim telah dibakar selepas mempertikaikan tentang penyembahan berhala. Penyembah berhala yang fanatik dan tidak mampu berhujah, mula menggunakan kekerasan untuk mendiamkan Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim telah sanggup menunaikan perintah Allah dengan menyembelih Nabi Ismail (selepas itu Allah gantikan Nabi Ismail dengan kambing).

Allah berfirman as-Saffat ayat 102:

Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu.

Walaupun yang harus disembelih itu adalah anak sendiri, tetapi ia merupakan perintah daripada Allah, baginda Nabi Ibrahim tetap menunaikannya.

Sebelum itu, Nabi Ibrahim telah menempatkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail di lembah Mekah yang gersang. Dibekalkan dengan sedikit makanan dan air.

Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 34:

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (tanah suci Mekah) yang tidak ada tanaman-tanaman padanya, di sisi Rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami! (Mereka ditempatkan di situ) supaya mereka sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat).

Ini pengorbanan Nabi Ibrahim untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai rasul.

3. Nabi Musa

Nabi Musa berhadapan dengan raja Firaun yang berkuasa, zalim dan mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Allah berfirman dalam Surah asy-Syu’ara ayat 10 hingga 11:

Dan (ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu menyeru Nabi Musa: Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, iaitu Firaun.

Firaun mengancam Nabi Musa dengan ugutan untuk membunuh baginda. Nabi Musa bukan sekadar berhadapan dengan penguasa yang sangat jahat, namun kaum Bani Israel yang sangat angkuh dan sombong.

Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 55:

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepada kami).

Kedegilan mereka sehinggakan mereka menuntut Nabi Musa untuk tunjukkan Allah itu terlebih dahulu barulah mereka akan beriman. Tuntutan ini pun bukan satu tuntutan yang serius, mereka hanya memperolok-olokkan baginda sahaja.

4. Nabi Isa

Nabi Isa bukan setakat berhadapan dengan Yahudi yang sudah berniat untuk membunuh baginda, namun anak muridnya sendiri Yahuza mengkhianatinya. Yahuza menyertai kaum Yahudi untuk membunuh baginda. Namun, orang yang dibunuh itu bukanlah baginda, baginda dinaikkan ke langit. Orang yang dibunuh itu parasnya Allah jadikan betul-betul seperti baginda.

Allah berfirman dalam Surah an-Nisa’ ayat 157:

Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang salib) tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa).

Orang yang mengikuti baginda hanyalah 55 orang sahaja. Baginda hidup zuhud tanpa harta.

5. Nabi Muhammad

Nabi Muhammad menghadapi cabaran dari setiap penjuru. Dakwah baginda ditentang oleh bapa saudaranya sendiri yakni Abu Lahab dan isterinya. Pemimpin kaum Quraisy Abu Jahal juga melawan baginda. Baginda dihalau keluar dari tempat baginda membesar sendiri iaitu Mekkah. Baginda terpaksa berhijrah ke Madinah.

Allah berfirman dalam Surah al-Anfal ayat 30:

Dan ingatlah (wahai Muhammad SAW), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka).

Bukan ini sahaja, baginda juga berhadapan dengan orang munafik. Orang munafik ini dipanggil sebagai musuh dalam selimut kerana mereka zahirnya Islam, tetapi hatinya menentang Islam. Contohnya, Abdullah Bin Ubay.

Siti Aisyah juga dituduh berzina. Baginda sangat sedih ketika itu sehinggalah Allah menyucikan Siti Aisyah.

Kelebihan Nabi Muhammad berbanding nabi dan rasul yang lain

Nabi Muhammad diutuskan untuk semua kaum. Baginda merupakan nabi terakhir sedangkan rasul dan nabi terdahulu diutuskan untuk kaumnya sahaja.

Rumusan

Ulul azmi ialah lima rasul iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad yang menghadapi ujian luar biasa berbanding rasul dan nabi lain.

Rujukan

1. Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali. (2015). Perbahasan Akidah Islam. Pustaka Salam.

5 Rasul Ulul Azmi dan Kisah Mereka 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list