Infotainment

A.Aida Takkan Beri Tawaran Berlakon Kepada Hafidz Roshdi

A.Aida Takkan Beri Tawaran Berlakon Kepada Hafidz Roshdi
A.Aida Takkan Beri Tawaran Berlakon Kepada Hafidz Roshdi 1

Penerbit popular, Datuk A Aida tidak akan menawarkan Hafidz Roshdi peluang berlakon dalam drama atau filem terbitannya susulan kontroversi terpalit pelakon itu.

Memetik BH Online, Aida berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sentimen ditunjukkan masyarakat serta tidak mahu drama atau filem terbitannya dikecam.

BACA: “Berzina, Mandi Wajib Bersama” – Shuhada Dakwa Hafidz Kantoi ‘Check In’ Hotel?

“Bagi saya, apa yang dilakukan (Hafidz) menyentuh sensitiviti masyarakat. Jadi, ini akan membuat penonton beremosi. Ini tidak bagus untuk syarikat produksi saya andai perkara seumpama itu terjadi.

“Jadi, saya tidak akan ambil pelakon seperti dia. Kalau dia ada, drama saya mungkin tiada ‘rating’. Ini salah satu kemungkinan sahaja. Sama ada drama itu ‘meletup’ atau dikecam. Disebabkan itu, saya mahu elak,” katanya.

Bagaimanapun, Aida berkata dia bersedia mempertimbangkan untuk memberikan tawaran berlakon jika Hafidz menyesal akan perbuatannya itu.

Tambahnya, dia sedia memberi peluang kepada pelakon sensasi namun bergantung kepada masalah terpalit mereka.

“Seperti sekarang, Ismail Izzani sedang menjayakan penggambaran bersama syarikat produksi saya. Untuk hal ini, saya tiada masalah.

“Apa yang saya tahu, masalah Ismail bersifat peribadi. Namun, kalau masalah artis membabitkan orang lain seperti mengasari wanita dan menyentuh sensitiviti masyarakat, saya tidak akan ambil berlakon.

“Ismail bagi saya, pelakon yang bagus. Setiap hari dia datang ke lokasi penggambaran tepat pada waktunya. Dia tiada masalah dan sanggup belajar.

“Misalnya, dalam menguasai bahasa isyarat, kita panggil guru untuk Ismail belajar dan dia cepat ‘tangkap’,” katanya.


A.Aida Takkan Beri Tawaran Berlakon Kepada Hafidz Roshdi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah

See also  Dah Masuk Trimester Kedua, Zahirah MacWilson Baru Selera Makan Nasi!
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo