Artikel Terkini

‘Ahli Parlimen jahil’ di sebalik kekuasaan JAKIM, kata reformis pilihan raya

‘Ahli Parlimen jahil’ di sebalik kekuasaan JAKIM, kata reformis pilihan raya
‘Ahli Parlimen jahil’ di sebalik kekuasaan JAKIM, kata reformis pilihan raya 1

‘Ahli Parlimen jahil’ di sebalik kekuasaan JAKIM, kata reformis pilihan raya
Tawfik Ismail mengkritik Abdul Hadi Awang dan Takiyuddin Hassan tidak menyedari keperluan berunding dengan Majlis Raja-raja membabitkan perkara berkaitan Islam.

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjadi agensi lebih berpengaruh daripada sepatutnya disebabkan Ahli Parlimen tidak mahir dengan Perlembagaan Persekutuan, kata seorang pemimpin pergerakan pilihan raya bebas.

Tawfik Ismail, bekas Ahli Parlimen Umno, berkata JAKIM terlalu berkuasa hari ini kerana ia menjadi alat politik untuk ahli politik konservatif.

“Menteri Hal Ehwal Agama, yang bertanggungjawab terhadap JAKIM, langsung tidak mempunyai kuasa seperti terkandung dalam Perlembagaan,” kata Tawfik dalam forum awam di sini, anjuran Gerak yang dihoskan bekas diplomat, Dennis Ignatius.

“Mereka tidak mempunyai kuasa langsung. Saya fikir kita mengagungkan sesuatu yang tidak sepatutnya wujud sama sekali.”

Beliau berkata, Perlembagaan secara jelas menyatakan Malaysia bukan negara Islam dalam pembentukannya. Perlembagaan ditulis dan diterima pakai oleh rakyat yang percaya kepada prinsip Islam, “namun bukan pada hakikat Islam sepatutnya menjadi ideologi yang melampaui batas ke atas rakyat”.

“Bagaimanapun, ahli politik memutar belitnya untuk menjadikan JAKIM lebih berkuasa daripada sepatutnya. Hakikatnya, agensi itu tidak mempunyai kuasa Perlembagaan sama sekali,” kerana hal ehwal Islam di bawah bidang kuasa Sultan dan Yang di-Pertuan Agong.

Tawfik turut membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana tidak berunding dengan Majlis Raja-raja sebelum cuba meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah, serta Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan kerana menyokong rang undang-undang itu tanpa menyedari keperluan berunding dengan Raja-raja.

Katanya, “ada sesuatu tidak kena” apabila Ahli Parlimen tidak mahir dengan Perlembagaan Persekutuan, lebih-lebih lagi mereka terbabit dalam penggubalan undang-undang. “Saya fikir di sinilah reformasi perlu bermula.”

Tawfik adalah anak Timbalan Perdana Menteri kedua, Dr Ismail Abdul Rahman, dan terkenal sebagai pengkritik lantang JAKIM.


‘Ahli Parlimen jahil’ di sebalik kekuasaan JAKIM, kata reformis pilihan raya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list