Artikel Terkini

Aishah diceraikan melalui WhatsApp -“Saya menangis baca mesej yang dikirim”

Aishah diceraikan melalui WhatsApp -“Saya menangis baca mesej yang dikirim”
Aishah diceraikan melalui WhatsApp -"Saya menangis baca mesej yang dikirim" 1

Penyanyi senior, Dato’ Aishah, 57 atau nama sebenarnya Wan Aishah binti Wan Ariffin bukanlah asing lagi dari dunia hiburan. Beliau merupakan antara penyanyi wanita yang hebat di Malaysia dengan lagu-lagu hits yang masih dinyanyikan sehingga ke hari ini.

Namun begitu, beberapa minggu sudah, Aishah telah memaklumkan yang beliau sudah beberapa bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami dan mengalami masalah rumah tangga.

Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Berita Harian, penyanyi lagu Janji Manismu itu menjelaskan yang beliau sudahpun bercerai secara talak satu dengan bekas suaminya selepas diceraikan melalui WhatsApp pada 25 Disember lalu.

“Segala-galanya sudah selesai apabila saya diceraikan talak satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu.
“Bohonglah, jika saya tidak bersedih dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot.
“Saya menangis sebaik sahaja membaca mesej yang dikirimkan.
“Namun, saya akur dengan ketentuan takdir. Walau apapun yang berlaku, hidup harus diteruskan,” katanya.

Aishah diceraikan melalui WhatsApp -"Saya menangis baca mesej yang dikirim" 2

Walau bagaimanapun, beliau akur dengan takdir tersebut dan tetap meneruskan kehidupan seperti biasa dengan status yang berbeza bersama dua orang anaknya.

“Ini bukan perkara baharu buat saya. Lagipun, saya pernah melalui pengalaman sama sebelum ini. Masa itu, anak-anak masih kecil lagi.
“Masih terbayang apabila saya terpaksa mengangkut anak-anak bersama ketika bekerja kerana tiada siapa dapat menjaga mereka.
“Sekarang, anak-anak sudah dewasa dan menjadi tempat untuk saya bergantung harap. Hidup saya kini hanyalah untuk anak-anak,” luah penyanyi itu.

Aishah diceraikan melalui WhatsApp -"Saya menangis baca mesej yang dikirim" 3

Terdahulu, Aishah mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak 3 bulan yang lalu pada November tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Aishah enggan mendedahkan secara terperinci punca pergolakan rumah tangganya itu.

Aishah diceraikan melalui WhatsApp -"Saya menangis baca mesej yang dikirim" 4

Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud)

 


Aishah diceraikan melalui WhatsApp -"Saya menangis baca mesej yang dikirim" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list