Artikel Terkini

Akhirnya Harimau Malaya Layak Secara Merit

Akhirnya Harimau Malaya Layak Secara Merit
Akhirnya Harimau Malaya Layak Secara Merit 1

AKHIRNYA Harimau Malaya layak secara merit untuk beraksi di pusingan akhir Piala Asia.

Penting untuk kita sebut ‘layak secara merit’ kerana kali terakhir ia dilakukan adalah 42 tahun lalu, ketika Piala Asia 1980 di Kuwait. Dalam bola sepak, ‘layak secara merit’ membawa maksud layak selepas melepasi pusingan kelayakan menewaskan pasukan lawan. Dalam kejohanan besar seperti Piala Asia atau Piala Dunia, semua pasukan perlu bertanding untuk layak ke pusingan akhir.

Namun, ada alternatif lain untuk sesebuah pasukan layak bertanding secara automatik di pusingan akhir Piala Asia atau pun Piala Dunia. Iaitu selaku tuan rumah pusingan akhir.

Malaysia Selaku Tuan Rumah

Walaupun Malaysia pernah beraksi dalam Piala Asia 2007, ia bukanlah secara merit kerana kita layak sebagai tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam. Dan kenangan tahun 2007 itu bukanlah sesuatu yang indah dan boleh dibanggakan. Harimau Malaya kalah semua perlawanan kumpulan menentang China, Iran dan Uzbekistan dengan bolos sebanyak 12 gol dan hanya menjaringkan 1 gol. Di kalangan empat negara tuan rumah, Malaysia mencatatkan rekod paling buruk berbanding negara-negara jiran kita.

Episod duka Piala Asia 2007 sebenarnya sudah pun dijangka sebelum kejohanan bermula. Bola sepak Malaysia ketika itu bukanlah berada dalam keadaan yang baik untuk kita bersaing setara dengan gergasi Asia lain. Tetapi setelah sekian lama gagal layak ke Piala Asia secara merit, mungkin tiket selaku tuan rumah satu-satunya pilihan yang ada buat kita. Cuma kita terlupa pepatah lama yang berbunyi, kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga.

Layak Secara Merit

Rekod buruk dalam Piala Asia 2007 memberi pengajaran kepada kita bahawa adalah lebih baik untuk Harimau Malaya layak secara merit dari layak secara automatik selaku tuan rumah. Sekurang-kurangnya keupayaan kita telah diuji dan terbukti ada meritnya untuk pasukan kebangsaan kita bersaing di pusingan akhir bersama gergasi bola sepak Asia yang lain.

Malaysia telah layak secara merit ke Piala Asia sebanyak dua kali sebelum ini. Kali pertama pada tahun 1976 di Iran dan kali kedua pada tahun 1980 di Kuwait.

Walaupun kita tidak menjuarai Piala Asia pada dua edisi tersebut, namun reputasi sebagai sebuah pasukan yang layak secara merit terbukti apabila sekurang-kurangnya Harimau Malaya masih mampu mengutip mata. Pasukan kebangsaan juga berjaya mengikat lawan seperti China, Korea Selatan dan Qatar, malah pernah menundukkan Emiriyah Arab Bersatu; semua ini lawan yang pada hari ini jauh lebih kuat berbanding Malaysia.

Perlu diakui, dekad 1970-an adalah era kegemilangan skuad Harimau Malaya. Selain layak ke Piala Asia, Malaysia juga layak ke Olimpik pada tahun 1972, menang gangsa bola sepak Sukan Asia 1974 dan sekali lagi layak ke Olimpik 1980 (walaupun kemudiannya menarik diri kerana menyertai tindakan boikot ke atas Kesatuan Soviet). Tahun-tahun itu merupakan zaman emas bola sepak negara apalagi dengan kemunculan pemain lagenda seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Peter Rajah, Santokh Singh, R. Arumugam dan ramai lagi.

Tetapi bola sepak Malaysia melalui zaman gelapnya selepas itu, yang berpanjangan hingga 40 tahun lamanya. Kita bukan sahaja tidak lagi layak ke Piala Asia bahkan juga ke Olimpik. Layak ke Piala Dunia sudah tentu terus kekal menjadi angan-angan kosong yang tidak tercapai. Dari sebuah pasukan yang digeruni di Asia, skuad Harimau Malaya kehilangan taring dan dilihat hanya setaraf pasukan belasahan Asia yang lain.

Piala Asia 2023

Layak ke Piala Asia 2023 menamatkan penantian selama 43 tahun untuk kita melihat Malaysia di pusingan akhir Piala Asia secara merit. Sekaligus ia memberikan harapan adakah zaman gelap bola sepak Malaysia sudah di penghujungnya dan Harimau Malaya kini boleh dilihat kembali setanding dengan gergasi bola sepak Asia yang lain?

Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.

Tidak dinafikan, ada peningkatan dalam sukan bola sepak negara. Program pembangunan yang dijalankan sudah membuahkan hasil apabila muncul bakat-bakat baharu, selain faktor wujudnya kelab bertaraf dunia seperti Johor Darul Ta’zim yang membantu meningkatkan mutu bola sepak tempatan serta tidak lupa juga faktor pemain naturalisasi dan pemain warisan (heritage) yang membantu mengisi kelompongan skuad Harimau Malaya.

Tetapi perlu juga kita ingat, Harimau Malaya layak ke Piala Asia yang telah diperluaskan saiznya dari 16 pasukan kepada 24 pasukan sejak 2019. Bermakna hampir separuh dari 47 negara anggota AFC layak bertanding dalam pusingan akhir Piala Asia. Dan kita hanya mampu melakukannya dalam edisi kedua Piala Asia dengan saiz 24 pasukan ini.

Dalam erti kata lain, laluan kita untuk layak secara merit masih berliku dan panjang lalu memberikan kenyataan bahawa skuad Harimau Malaya kita bukanlah pilihan utama. Malahan, di sebalik kemenangan ke atas Bangladesh yang sudah dijangka dan ke atas Turkmenistan yang sewajarnya, kekalahan di tangan Bahrain pula patut memberikan kita satu renjatan realiti sejauh manakah skuad Harimau Malaya mampu bersaing di pusingan akhir tahun hadapan?

Di pusingan akhir nanti, Malaysia akan diundi mungkin bersama Korea Selatan, Jepun, Iran atau Australia di dalam satu kumpulan. Mungkin juga akan ada Arab Saudi, China atau Uzbekistan. Semua ini gergasi bola sepak Asia yang akan melihat pasukan kebangsaan kita sebagai ‘lauk’ untuk mereka mengutip tiga mata penuh.

Malaysia mungkin tidak akan pergi jauh. Tetapi dengan reputasi layak secara merit walaupun sebagai kelompok terakhir, adalah penting untuk kita tidak mengulangi episod duka Piala Asia 2007.


Akhirnya Harimau Malaya Layak Secara Merit 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list