Artikel Terkini

Aksi Malaysia VS Bangladesh tetap berlangsung di Stadium Nasional

Aksi Malaysia VS Bangladesh tetap berlangsung di Stadium Nasional
Aksi Malaysia VS Bangladesh tetap berlangsung di Stadium Nasional 1

Kedua-dua perlawanan terakhir bagi Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok akan tetap berlangsung seperti yang dijadualkan.

Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor John yang memaklumkan, tiada perubahan venue atau tarikh dengan kedua-dua aksi antara Bahrain dan Turkmenistan serta Malaysia dan Bangladesh akan tetap dijalankan di Stadium Nasional.

“Tiada pertukaran venue, kedua-dua perlawanan akan bermain seperti biasa,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah terdapat kemungkinan berlaku pertukaran venue atau perubahan waktu perlawanan, susulan isu permukaan padang Stadium Nasional yang digenangi air akibat hujan lebat sebelum perlawanan Malaysia menentang Bahrain, Sabtu lepas.

Lebih parah, apabila tular beberapa petugas yang dilihat menggunakan penyodok dan kadbod, dalam usaha mengalirkan air keluar dari padang sebelum perlawanan bermula yang menyaksikan tindakan itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen di media sosial.

Malah, ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon dan pengendali Bahrain Helio Sousa turut mengakui permukaan padang pada malam itu menjejaskan rentak pasukan untuk bermain pada prestasi terbaik.

Semalam, media tempatan melaporkan terdapat kemungkinan berlaku perubahan venue bagi kedua-dua aksi esok ekoran, masalah air bertakung apabila hujan turun dengan lebat di Stadium Nasional dengan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras disebut-sebut sebagai antara gelanggang alternatif.

Sumber: Bernama


Aksi Malaysia VS Bangladesh tetap berlangsung di Stadium Nasional 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list