Artikel Terkini

Amber Heard Dah Kalah… Habis Apa Kena Mengena Dengan Kita?

Amber Heard Dah Kalah… Habis Apa Kena Mengena Dengan Kita?
Amber Heard Dah Kalah… Habis Apa Kena Mengena Dengan Kita? 1

Tengok golongan pelampau kepanasan sebab Amber Heard kalah boleh kata puas hati juga. Bukan main mereka menuduh Johnny Depp macam-macam. Siap tolak habis definisi “toxic feminity” kononnya dicipta para lelaki dengan sengaja untuk menjatuhkan mangsa dalam kalangan wanita. Hakikatnya, “toxic masculinity” juga adalah definisi ciptaan lelaki iaitu Shepherd Bliss untuk bercerita tentang perangai bapanya (Harrington, 2020). Tetapi soalnya, Amber Heard sudah tewas… jadi apa patut kita buat sekarang? Patut gelabah ya?

Apa kena mengena dengan kita?

Sebenarnya banyak.

Propaganda Yang Tidak Disahut

Dunia Barat sekarang sudah menjadi medan pengukuh hubungan dalam kalangan wanita. Jalinan ukhwah ini turut disokong para lelaki yang berbudi jantina (jenis tidak melampaui batasan). Jalinan ini sudah lama tercetus tetapi mencanak habis dengan kes Harvey Weinstein. Bukan main jutaan wanita turun ke jalan untuk bersuara dalam Gerakan #MeToo (Chuck, 2017). Suara ini bertambah api selepas mendapat suara ramai seperti Angelina Jolie, Gwyneth Paltrow dan Jennifer Lawrence. Api ini menyambar dan menjilat habis karier beberapa individu yang melampaui batasan.

Harvey Weinstein (Thomas Hawk/CC BY-NC 2.0)

Arus ini telah menghanyutkan Johnny Depp, yang kehilangan kontrak bersama banyak filem. Paling menyayatkan, beliau tidak boleh menyambung karier sebagai Gellert Grindelwald yang diserahkan kepada Mads Mikkelsen. Ironinya, Fantastic Beast: The Secrets of Dumbledore lebur di pawagam sepanjang tempoh perbicaraan Depp-Amber Heard. Namun sedar atau tidak, perbicaraan bukan main enam minggu – tetapi tiada seorang pun dalam semangat #MeToo menyokong Amber. Padahal tuduhan bukan main dahsyat:

  • Depp kaki pukul sampai Amber kena pakai mekap untuk tutup lebam. Pengeluar mekap keluar menafikan katanya masa Amber kena pukul, produk mekap yang dikatakan belum wujud lagi.
  • Amber kena teruk sampai Depp masukkan botol arak dalam faraj Amber (Rosner & Farberov, 2022). Tetapi peliknya, Amber yang cerdik pasal hal kewanitaan tidak pula pergi dapatkan rawatan.

Banyak lagi yang dibicarakan. Dua butiran ini sudah cukup untuk faham isu.

Syaitan Sanggup Buat Apa Saja Untuk Menang

Hal yang berlaku ini sebenarnya relatable (boleh dikaitkan) sangat dengan rakyat marhaen tidak kira mana-mana negara. Malah tidak perlu kira jantina pun. Apa yang berlaku sedang berlaku dalam kalangan kita. Cuba tengok sekarang – macam mana lelaki dinafikan hak jumpa anak hanya kerana bercerai dengan isteri. Belum lagi bicara tentang ketelusan nafkah anak lagi yang mana lelaki dikerjakan teruk-teruk.

Peninglah. (Reuters)

Mana-mana negara mesti ada kes begini. Perempuan tiba-tiba menjadi narsis dan menuntut apa yang bukan haknya. Kemudian sebar di Facebook kononnya “saya strong, independent woman.” (saya perempuan yang tabah dan berdikari). Kalau tidak percaya, cuba tengok macam mana si mulut murai kena sidai:

Bagi yang tidak faham, si mulut murai agung-agungkan diri kononnya “strong dan independent” tetapi masih melahap duit lelaki melalui nafkah cerai (alimony). Terus twist cakap “aku ada tiga anak!”

Punca di sini bukannya perjuangan feminisme. Tetapi sifat pelampau macam si mulut murai ini (dan Amber Heard). Jiwa gila mereka menebal dalam kalangan ramai orang, tidak kira jantina… yang selamba badak main falasi dan mengulit simpati. Jadi pada dasarnya, kemenangan Depp memang amat bermakna untuk semua orang. Beliau dituduh mengkasari Amber. Beliau saman fitnah terhadap Amber. Beliau terbukti difitnah. Jadi betulkah beliau mengkasari Amber? Ini semua perspektif untuk semua buat kesimpulan sendiri.

“Pilih bini kena betul-betul.” – bukan Johnny Depp.

Sebagai pengikut isu, kita kena faham relatability. Kerana kita tidak rugi. Disney pun tidak rugi seandainya Pirates of the Caribbean tenggelam. Mereka ada MCU. Yang betul-betul terpana adalah Warner Brothers. Fantastic Beasts masuk parit. DCEU apatah lagi. Jutaan mata letak pada Aquaman 2 sekarang. Kalau Amber masih ada, kalian rasa orang ramai takkan boikot? Fikirkan.

RUJUKAN:

Chuck, E. (2017, Oktober 16). #MeToo: Alyssa Milano promotes hashtag that becomes anti-harassment rallying cry. NBC News.

Harrington, C. (2020, Julai 17). What Is Toxic Masculinity and Why Does It Matter? Men and Masculinities.

Rosner, E., & Farberov, S. (2022, Mei 17). Johnny Depp’s lawyer grills Amber Heard on ‘bottle’ sex assault, her love notes. The New York Post.

Amber Heard Dah Kalah… Habis Apa Kena Mengena Dengan Kita? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list