Artikel Terkini

Anak pengasas Dnars dakwa dikhianati bapa tiri?

Anak pengasas Dnars dakwa dikhianati bapa tiri?
Anak pengasas Dnars dakwa dikhianati bapa tiri? 1

Kisah pemergian pengasas kosmetik Dnars Skincare iaitu Faziani Rohban Ahmad kembali menjadi perhatian ramai apabila ahli keluarga arwah menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham.

Menurut laporan media semalam, ahli keluarga mengesyaki terdapat unsur lain terhadap kematian Allahyarham selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand tiga tahun lalu.

Berikutan itu, pendedahan ahli keluarga termasuk anak perempuan Allahyarham iaitu Irdina Hakim Jasman kembali ‘dikorek’ netizen menerusi beberapa perkongsian video di aplikasi TikTok.

@dnarfaziani4

Oh shitt😂 so now i very be careful dalam mencari partner trauma wey trauma ! #シ #foryoupage

♬ original sound – Faa🍁 – Faa🍁

Salah satu video dimuat naik Irdina atau mesra dipanggil sebagai ‘Gegirl’ pada bulan lalu telah bercerita dengan ringkas mengenai situasi dihadapi adik-beradiknya selepas ibu mereka meninggal dunia.

Usahawan berusia 19 tahun itu mendakwa, mereka empat beradik seolah-olah dibuang oleh bapa tirinya, berbeza ketika hayat ibunya dimana empat beradik tiri lain turut dijaga Allahyarham.

@dnarfaziani4

5/5/2022 simpan sini buat kenangan ,semoga bertemu lagi dikemudian hari insyaallah dgn Izin-Nya..sejauh mana kakak dan adik,adik tetap si bongsu & adik sentiasa dihati kakak ..walaupun pelukkan ini hanya sekejap tapi ianya cukup menyembuhkan luka

♬ AKU MASIH MEMIKIRKANMU – KEZIA

“Masa mami (arwah ibu) hidup, dia jaga lapan orang anak. Empat anak kandung empat anak tiri (bapa tiri dengan isteri lama). Atas sampai bawah termasuk anak tiri disaluti emas dan berlian, jenama mewah.
“Bila mami saya meninggal, kami dibuang dan dikhianati bapa tiri. Abang saya dipenjarakan, saya dihalau rumah dan adik saya tidak dijaga (seorang lagi adik perempuan dipercayai di bawah jagaan bapa tiri),” tulisnya.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu lagi, Irdina turut mendakwa bapa tirinya sudah mula menjalin hubungan ‘skandal’ (yang kini isteri baru) ketika arwah ibunya masih hidup.

“At the end, dapat tahu bapa tiri skandal dengan bini baru dia daripada (sejak) Mami hidup. Betul orang cakap.. kebaikan belum tentu dibalas kebaikan,” ujarnya.

Terdahulu, kemalangan berlaku pada bulan Ramadan itu menyebabkan Allahyarham Faziani maut di lokasi kejadian, manakala suaminya mengalami kecederaan.

Sumber: TikTok & Instagram Irdina Hakim Jasman


Anak pengasas Dnars dakwa dikhianati bapa tiri? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list