Artikel Terkini

Andalusia tawar diskaun umrah sehingga RM300 di Matta Fair

Andalusia tawar diskaun umrah sehingga RM300 di Matta Fair
Andalusia tawar diskaun umrah sehingga RM300 di Matta Fair 1

KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menawarkan diskaun sehingga RM300 buat tempahan Pakej Umrah Andalusia bagi pengunjung Matta Fair 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sehingga esok.

Malah, sebanyak 300 kerusi penerbangan menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun ini juga masih dibuka disertakan pelbagai tawaran istimewa buat yang mengikutinya.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, tawaran lebih menarik akan diberikan khusus buat orang ramai yang hadir ke Matta Fair 2023 dan membuat tempahan di situ.

“Tahun ini sahaja pihak kami telah menerbangkan 48,000 jemaah ke tanah suci bagi menunaikan umrah dan menyasarkan 60,000 pada penghung tahun ini.

“Lebih menarik lagi, kami turut mempunyai baki 300 kerusi yang ditunggu orang ramai bagi menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun ini yang akan disertai Ustazah Farhatul Fairuzah, juara Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa tahun 2019,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan broshur dan pakej umrah Andalusia di MITEC, di sini, hari ini.

Menurut Md Daud, berbekalkan pendaftaran dan deposit RM50 di Andalusia, secara tidak langsung orang ramai akan sertai cabutan bertuah yang akan membawa pulang pelbagai jenis hadiah yang menarik.

“Mereka yang hadir di sini berpeluang besar memenangi hadiah cabutan bertuah penerbangan ke Turki, penerbangan umrah secara terus, dan mengembara ke serata dunia.,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya memberi jaminan kepada orang ramai untuk mengerjakan ibadah di tanah suci dengan tenang dan sempurna.

“Kepada bakal jemaah umrah mahupun haji, mereka tidak perlu khuatir dengan pakej yang disediakan oleh Andalusia kerana kami sudah menandatangi perjanjian tempat penginapan dan penerbangan dengan syarikat yang terlibat.

See also  Kini Sudah Ada Lampu Pelita Solar, Lebih Canggih & Jimat!

“Disebabkan itu, kami bukan sahaja menerima permintaan dari orang baharu sahaja, malah mereka yang pernah berurusan dengan kami akan memilih kami sekali lagi kerana percaya dengan pengurusan yang diberikan,” katanya.

Jelas Ida, Andalusia akan teruskan menjadi salah satu pilihan terbaik dalam kalangan syarikat yang menerbangkan jemaah umrah dan haji di Malaysia.

Katanya, pihaknya akan memberi jaminan keselesaan kepada jemaah umrah dan haji dari Malaysia dan hanya perlu fokus kepada ibadah sahaja.

“Disebabkan pencapaian yang terus meningkat, kami menyasarkan akan membawa 60,000 jemaah ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah dan haji pada tahun ini.

“Harapan seterusnya adalah menyasarkan untuk menerbangkan sehinga 80,000 jemaah umrah dan haji di malaysia bagi musim 2024/2025 akan datang,” katanya.-KOSMO! ONLINE.


Andalusia tawar diskaun umrah sehingga RM300 di Matta Fair 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo