Artikel Terkini

Angkasa sasar bangun 200 Coop Hardware

Angkasa sasar bangun 200 Coop Hardware
Angkasa sasar bangun 200 Coop Hardware 1

SHAH ALAM – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan membangunkan 200 outlet koperasi pembekal bahan binaan (Coop Hardware) di bawah satu konsortium menjelang 2025.

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sasaran itu selaras dengan usaha pihaknya dalam membantu menawarkan bahan asas pembinaan perumahan dengan harga lebih murah sehingga 15 peratus berbanding pasaran sedia ada.

Katanya, sebanyak 20 outlet Coop Hardware berdaftar telah beroperasi di seluruh negara setakat ini.

“Angkasa menjadi platform kepada koperasi itu membeli bahan secara pukal dengan pembekal luar negara sekali gus dapat menjualnya dengan harga murah .

“Kami menyasarkan lebih banyak outlet akan dibangunkan menerusi konsortium khas dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya selepas melancarkan Projek Perumahan Mampu Milik Tulip di Denai Alam di sini, hari ini.

Jelas Abdul Fattah, Coop Hardware turut membantu menyediakan rumah atau permis perniagaan kepada ahli koperasi pada harga lebih mampu milik. -KOSMO!ONLINE


Angkasa sasar bangun 200 Coop Hardware 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Resipi Fettuccine Carbonara Sedap Tanpa Sos Segera. Pedas-Pedas 'Manja' Ikut Selera Melayu