Artikel Terkini

Anwar harap sesi dialog ‘Temu Anwar’ dapat ditekuni

Anwar harap sesi dialog ‘Temu Anwar’ dapat ditekuni
Anwar harap sesi dialog 'Temu Anwar' dapat ditekuni 1

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap program dialog Temu Anwar yang diadakan hari ini dapat ditekuni semua dalam memaknai wawasan kerajaan.

Beliau dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, perkara tersebut disampaikan menerusi konsep Malaysia Madani yang pastinya membela semua lapisan masyarakat.

“Hadir sesi dialog ‘Temu Anwar’ bagi menyantuni ribuan anak muda di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.

“Saya disoal pelbagai persoalan mendesak termasuk ekonomi, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan peluang pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk anak muda,” katanya di sini tadi.

Dalam pada itu, majlis penuh santai dan meriah anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) tersebut turut menyaksikan Anwar melancarkan laman web rasmi Malaysia Madani.

“Saya amat berharap sesi ini dapat ditekuni semua dalam memaknai wawasan Kerajaan menerusi konsep Malaysia Madani yang pastinya membela semua lapisan masyarakat.

“Bersama kita pacu negara dan tatanan ini ke depan!,” tambahnya.

Terdahulu, kira-kira 8,000 peserta menyertai program dialog tersebut yang dikendalikan oleh selebriti, Amelia Henderson. – KOSMO! ONLINE


Anwar harap sesi dialog 'Temu Anwar' dapat ditekuni 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Makan Mac & Cheese Pun Boleh Langsing, Cuba Resepi Versi Kourtney Kardashian Ini!