Artikel Terkini

Apa Nasib Kuala Lumpur Jika Bukan Lagi Ibu Negara Malaysia?

Apa Nasib Kuala Lumpur Jika Bukan Lagi Ibu Negara Malaysia?
Apa Nasib Kuala Lumpur Jika Bukan Lagi Ibu Negara Malaysia? 1

Apabila kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Joko Widodo menukar ibu negara Indonesia dari Jakarta ke wilayah Kalimantan, yang kini dikenali sebagai “Nusantara”, ia seharusnya menyedarkan kita bahawa kemungkinan besar Kuala Lumpur hilang status sebagai ibu negara juga akan berlaku satu hari nanti.

Menurut Presiden Indonesia itu, perpindahan ibu negara Indonesia ini perlu memandangkan bandar raya Jakarta sudah mencapai kepadatan kemanusian dan infrastruktur yang maksimum, kesesakan lalu lintas yang kian berlarutan, dan risiko Jakarta bakal tenggelam akibat perubahan iklim suatu hari nanti.

Melihat kepada masalah yang dihadapi oleh Jakarta itu tadi, bukankah ia sedang dan telah berlaku di bandar raya Kuala Lumpur sejak sekian lama?

Sebenarnya, kemegahan Kuala Lumpur sebagai ibu negara sudah kian terhakis. Pertukaran pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 2001 telah membuktikan Kuala Lumpur tidak dapat berfungsi sebagai pusat pentadbiran negara yang inklusif.

Pada tahun 2010, jemaah menteri pimpinan Dato’ Sri Najib Razak pernah mencadangkan agar Parlimen dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Cadangan ini susulan daripada insiden bumbung Parlimen yang bocor dan kos membaikpulih kerosakan hampir RM150 juta. Namun, perkara ini tidak berlaku dan Bangunan Parlimen masih di Kuala Lumpur.

Insiden-insiden ini memberi gambaran awal bahawa Kuala Lumpur harus sedar statusnya sebagai ibu negara bakal terjejas sekiranya ada keperluan mendesak dalam kalangan pemimpin negara untuk mencari ibu negara yang lebih sesuai mengikut peredaran zaman.

Pentadbiran Demokratik Jalan Terbaik

Warga Jakarta ditadbir oleh seorang Gabenor dan Timbalan Gabenor yang dipilih melalui pilihan raya setiap lima tahun. Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Provinsi Daerah Khusus Ibukota Jakarta merupakan Parlimen seperti Dewan Undangan Negeri (DUN) di Malaysia yang menempatkan 106 wakil rakyat di Jakarta sendiri.

Warga Jakarta diberi keistimewaan untuk memilih pemimpin yang mampu membawa aspirasi rakyat dengan menentukan dasar dan program yang mampu meringankan beban mereka. Model pentadbiran demokrasi ini selari dengan bandar-bandar besar seperti London, United Kingdom dan Canberra di Australia.

Kiranya, Jakarta ada pentadbiran tersendiri dan Presiden Indonesia tidak mempunyai kuasa besar dalam hal-hal bandar raya tersebut. Struktur ini dapat menjamin keberlangsungan Jakarta dalam menguruskan penduduknya secara demokratik dan tersendiri.

Struktur pentadbiran Jakarta ini sekurang-kurangnya memberi jaminan bandar raya ini akan terus menjalankan urusan kemaslahatan rakyat meskipun status ibu negaranya sudah tidak ada. Bagaimana pula dengan Kuala Lumpur?

Pentadbiran Kuala Lumpur amat bergantung penuh kepada kerajaan pusat. Perdana Menteri mempunyai kuasa melantik Datuk Bandar Kuala Lumpur yang menerajui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Menteri Wilayah, dan dua orang Senator Dewan Negara dari Kuala Lumpur.

Warga kota hanya diwakili 11 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan kesemua daripada mereka tidak mempunyai DUN dan akses membuat keputusan di peringkat DBKL.

Ini bermaksud, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Menteri Wilayah lebih mengutamakan kepentingan Perdana Menteri yang melantik mereka berbanding memenuhi keperluan warga kota.

Belanjawan tahunan Kuala Lumpur pada tahun 2022 berjumlah RM2.7 bilion, yakni 11 kali ganda lebih besar dari belanjawan Perlis (RM306.83 juta) dan Johor ( RM1.95 bilion).

Meskipun belanjawan negeri Perlis kecil, mereka diberikan hak memilih kerajaan negeri yang boleh memenuhi keperluan rakyat setempat. Ironinya, warga kota tidak mempunyai hak memilih pemimpin tempatan meskipun belanjawan Kuala Lumpur sebesar negeri. Bukankah ini tidak masuk akal?

Bayangkan sahaja, warga Kuala Lumpur mahu belanjawan tersebut dibelanjakan untuk program mengatasi miskin bandar, perumahan dan kos sara hidup. Tetapi, Datuk Bandar pula menggunakan peruntukan membikin bangunan pencakar langit.

Mengapa ia boleh berlaku? Kerana Datuk Bandar dilantik Perdana Menteri hanya perlu memenuhi kepentingan kerajaan dan mana-mana aspirasi warga kota boleh dipinggirkan sekiranya ia tidak berpatutan dengan dasar Perdana Menteri.

Warga Kota Yang Untung

Lihat sahaja bagaimana isu tanah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baru. Sehingga hari ini, tiada jalan penyelesaian daripada kerajaan pusat dalam memenuhi tuntutan penduduk yang mahu hak mereka dibela.

Sedangkan, jika Kuala Lumpur mempunyai kerajaan sendiri dengan kuasa membuat keputusan berdasarkan penyertaan rakyat, bukankah masalah ini dapat diselesaikan segara tanpa kerenah birokrasi dan permainan politik kerajaan pusat yang merugikan?

Suka atau tidak, dalam keadaan sekarang, warga kota perlu bersiap sedia bagi menetapkan hala tuju pembangunan Kuala Lumpur untuk masa hadapan meskipun tidak lagi bergelar ibu negara Malaysia.

Sama ada Kuala Lumpur mempunyai pilihan raya memilih Datuk Bandar atau mempunyai DUN sendiri dalam mentadbir bandar raya, ia merupakan pilihan terbaik bagi memastikan hala tuju Kuala Lumpur terus terbela meskipun satu hari nanti tidak bergelar ibu negara Malaysia.

Jika Kuala Lumpur mempunyai pentadbiran demokratik, ia akan menguntungkan warga kota dalam menentukan dasar dan pemimpin yang boleh memenuhi keperluan mereka. Jika tidak, maka Kuala Lumpur akan jauh ketinggalan dan sukar mengatasi cabaran pada masa akan datang.

Semuanya terletak di tangan warga kota untuk melihat Kuala Lumpur terus tersenyum dan membangun untuk tahun-tahun yang akan datang dengan sebuah pentadbiran yang menguntungkan mereka.


Apa Nasib Kuala Lumpur Jika Bukan Lagi Ibu Negara Malaysia? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list