Artikel Terkini

Apakah itu Darah Istihadah? (Panduan Lengkap)

Apakah itu Darah Istihadah? (Panduan Lengkap)
Apakah itu Darah Istihadah? (Panduan Lengkap) 1

Apakah itu darah istihadah? Artikel ini akan membincangkan berkenaan darah istihadah dan persoalan yang berkaitan dengan perkara ini.

Darah istihadah ialah darah yang keluar dari faraj perempuan di luar waktu haid dan nifas (darah bersalin). Ia dikenal pasti sebagai darah penyakit. Kalau darah itu keluar kurang dan lebih daripada waktu kebiasaan haid, maka itu darah istihadah. Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil sebagai Abnormal Vagina Bleeding ataupun pendarahan faraj tidak normal.

Sebab berlakunya darah istihadah

Ada banyak sebab yang membawa kepada berlakunya darah istihadah. Antaranya:

  1. Disebabkan mengandung. Kalau kandungan itu ada masalah, maka boleh terkeluarnya darah istihadah. Kalau pendarahan itu keluar secara banyak waktu mengandung, itu boleh jadi ianya darah istihadah. Pendarahan yang berlaku berpanjangan sampai ke 12 minggu, pun boleh jadi darah istihadah.
  2. Ovulasi. Ovulasi boleh mengeluarkan pendarahan tidak normal dari faraj.
  3. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). Ini merupakan hormon yang tidak stabil. Ia boleh mengganggu ovulasi yang normal lalu mengeluarkan darah yang tidak normal dari faraj.
  4. Pil Perancang Kehamilan (Birth Control Pill). Pil ini juga boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal atau darah istihadah.
  5. Kanser pada bahagian faraj seperti cervix, uterus, dan lain-lain.

Cara mengenali darah istihadah

  1. Kurang daripada tempoh haid iaitu sehari semalam dan lebih daripada tempoh haid iaitu 15 hari.
  2. Sebelum datang haid (belum baligh lagi) dan sudah putus haid (menopaus).
  3. Ia berlaku lebih daripada tempoh nifas iaitu 60 hari. Kalau lebih 60 hari, maknanya ia istihadah, bukan nifas.
  4. Boleh keluar ketika sedang mengandung.

Semua tanda-tanda ini menunjukkan istihadah benar-benar di luar kadar haid dan nifas. Apa sahaja yang keluar daripada kedua-dua itu, maka ia darah istihadah.

Dalil tentang darah istihadah

Fatimah Binti Hubaisy menemui Rasulullah SAW lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya ini seorang wanita yang didatangi istihadah dan saya belum suci. Adakah saya perlu meninggalkan solat?” Baginda pun menjawab, “Tidak, sesungguhnya itu adalah pendarahan dan ia bukanlah haid. Apabila darah haid datang, tinggalkanlah solat, dan apabila ia berlalu (tamat tempohnya), maka basuhlah darah (mandi wajib) daripada kamu dan dirikanlah solat.” (Riwayat Muslim)

Menurut hadis ini, Rasulullah beritahu kepada Fatimah Binti Hubaisy, sekiranya terkena istihadah, tak perlu tinggalkan solat. Sebab, ianya tidak sama seperti haid. Kalau kena haid, itu memang tidak boleh solat. Tunggu sampai haid habis, barulah mandi dan dirikan solat. Istihadah, tidak begitu. Istihadah wajib solat seperti biasa.

Menurut buku Indahnya Hidup Bersyariat, perempuan yang kena istihadah ini hanya perlu ulang wuduk dan solat seperti biasa sahaja. Hal ini selaras dengan maksud hadis tadi.

Maka, perempuan yang terkena istihadah harus melakukan amal ibadat seperti biasa seperti solat, puasa, tawaf, dan sebagainya. Kemaluannya itu harus ditutup dengan kain untuk elak ia keluar dengan banyak. Lalu, bolehlah beribadat seperti biasa.

Imam an-Nawawi berkata dalam al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab:

Wanita yang istihadah (hukumnya) seperti wanita yang suci dalam melaksanakan solat, puasa iktikaf, baca al-Quran dan selainnya.

Hukum perempuan yang ada darah istihadan itu sama seperti wanita suci. Dia wajib menunaikan solat fardhu lima kali. Dia wajib berpuasa di bulan Ramadan. Dan sebagainya.

Bolehkah bersetubuh ketika ada darah istihadah?

Hukumnya, harus.

Ikrimah berkata, “Hamnah binti Jahsh meriwayatkan bahawa beliau dalam keadaan istihadah dan suaminya menyetubuhinya.” (Sunan Abi Daud)

Hadis ini menunjukkan hukum bersetubuh ketika ada darah istihadah itu harus. Sebabnya, perempuan yang ada istihadah itu hukumnya sama macam perempuan yang suci. Boleh bersetubuh ketika suci, maka bolehlah bersetubuh ketika istihadah.

Warna darah istihadah

Aisyah RA menceritakan, Fatimah Binti Abi Hubaisy menghadapi istihadah, maka Rasulullah bersabda kepadanya, “Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni baunya dikenali oleh kaum wanita). Oleh yang demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wuduk dan kerjakan solat.” (Riwayat Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban, dan al-Hakim).

Hadis ini Rasulullah menceritakan bahawa darah haid itu kehitam-hitaman. Selain daripada itu, contohnya merah pekat. Merah darah. Itu istihadah.

Kira waktu darah istihadah keluar

Sebelum itu, kita kena kira dahulu kitaran haid. Supaya, apa yang selain daripada itu, kita dapat kenal pasti yang ianya darah istihadah.

Kitaran maksimum haid perempuan ialah 15 hari. Kitaran minimumnya pula ialah sehari semalam. Maka, selain daripada itu, ia dikira sebagai istihadah. Contohnya, 25 hari. Atau, kurang daripada 24 jam. Itu darah istihadah.

Golongan perempuan yang kena istihadah (mustahadah)

1. Mustahadah Mubtadiah Mumaiyizah

Perempuan yang pertama kali datang haid dan darah itu keluar lebih daripada 15 hari. Keadaan begini hukumnya perlu menjadikan darah kuat sebagai darah haid, darah lemah sebagai darah lemah.

2. Mustahadah Mubtadiah Ghairu Mumaiyizah

Perempuan yang keluar darah istihadah tapi tak tahu beza sama ada itu darah haid atau darah istihadah. Contohnya, dia keluar darah hitam 5 hari dan darah merah selebihnya. Ada kombinasi antara dua jenis darah. Dia susah nak kenal pasti, apakah itu istihadah atau haid, atau mana satu?

Hukum bagi kes begini ialah haidnya dikira sehari semalam. Selebihnya itu istihadah dan suci.

3. Mustahadah Mutadah Mumaiyizah zakiratu al-waqti wa al-qadari

Ini perempuan yang sudah tahu dan biasa dengan waktu kitaran haid dan jenis warna darah haid. Hukum bagi kondisi begini, ikut saja kitaran haid seperti biasa. Sekiranya, wujud kelainan, maka itulah istihadah.

4. Mustahadah Mutadah Ghoiru Mumaiyizah Zakiratun Li adatiha Qadaran Wa Waqtan

Ini keadaan di mana seorang perempuan itu tahu kadar dan kitaran haidnya. Tempoh dan warna darahnya. Tetapi, ia tidak boleh membezakan antara darah kuat dan darah lemah dalam tempoh tertentu. Kalau keadaan begini, ikut sahaja tempoh kitaran haid seperti biasa (bulan-bulan sebelumnya).

5. Mustahadah Mutadah Ghoiru Mumaiyizah Zakiratun Li adatiha Qadaran Wa Nasiyatun Waqtan (Al-Mutahaiyiratu Tahaiyuran Nisbiyyan)

Keadaan ini di mana perempuan itu darah tetap keluar lebih daripada 15 hari. Dia tak dapat nak bezakan darahnya. Tetapi, dia tahu tempoh kebiasaan kitaran haidnya. Kalau keadaan begini, perempuan itu kena ikut tempoh haid kebiasaan untuk mandi wajib dan mula beramal ibadat.

6. Mustahadah Mu’tadah Ghairu Mumaiyizah Zakiratun Liadatiha Waqtan Wa Naasiyatun Qadaran (Al-Mutahaiyiratu Tahaiyuran Nisbiyyan)

Perempuan ini dia tahu kitaran haidnya dan beza warna darah walaupun ada darah yang keluar melebihi tempoh haid iaitu 15 hari. Perempuan begini kena ikut waktu haid. Lepas habis, kena mandi wajib.

7. Mustahadah Mutadah Ghoiru Mumaiyizah Nasiyatun Li adatiha Qadaran Wa Waqtan (Al-Mutahaiyiratu Tahaiyuran Mutlaqan)

Perempuan ini pula dia tidak tahu kadar haid dan beza darah. Mudah kata, dia lupa atau tidak tahu langsung apa-apa berkenaan hal ini. Perempuan begini harus tunggu darah berhenti habis baru boleh mandi wajib dan beramal ibadat.

Kesimpulan

Darah istihadah ini merupakan darah yang kotor selain daripada haid dan nifas. Ianya suci kerana ia bukan haid. Hukum bagi mereka yang terkena darah istihadah ini sama macam orang suci. Wajib solat fardhu seperti biasa dan sebagainya.

Rujukan

  1. Abnormal Vaginal Bleeding – UOFM Health
  2. Ismail Kamus & Azrul Azren. (2009). Indahnya hidup bersyariat. Telaga Biru.
  3. Saharah Ahmad Mahadi & Wan Yusof Wan Chik. (2018). Pengurusan istihadah menurut fiqh Islam dan perubatan.

Apakah itu Darah Istihadah? (Panduan Lengkap) 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list