Artikel Terkini

Babak kritikal Redza Rosli dikritik, pengarah cakap-“Pihak perubatan sendiri yang pasang”

Babak kritikal Redza Rosli dikritik, pengarah cakap-“Pihak perubatan sendiri yang pasang”
Babak kritikal Redza Rosli dikritik, pengarah cakap-"Pihak perubatan sendiri yang pasang" 1

Baru-baru ini tular sebuah gambar babak yang dilakonkan oleh Redza Rosli terlantar dalam keadaan kritikal di hospital mejadi bahan lawak warganet.

Mana tidaknya cara tiub bantuan pernafasan yang digunakan dalam drama Bisik-Bisik Gelora itu dianggap pelik oleh para penonton sehinggakan mendapat teguran daripada doktor perubatan.

Babak kritikal Redza Rosli dikritik, pengarah cakap-"Pihak perubatan sendiri yang pasang" 2

Terbaru, pengarah drama terbabit iaitu Riza Baharun tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut laporan Kosmo! Online, Riza mengatakan pihak produksi telah pun mendapatkan rujukan daripada mereka yang lebih arif mengenai perkara tersebut sebelum babak kritikal yang dilakonkan oleh Redza Rosli dibuat.

“Kalau boleh saya tak mahu kaitkan dengan sesiapa pun. Tapi saya perlu jelaskan bahawa tiub bantuan pernafasan itu telah dipasang oleh individu yang arif tentang perubatan dan bukannya pihak kru produksi.

“Apabila pihak perubatan sendiri yang memasangnya, saya tidaklah boleh memandai-mandai kata salah.

“Jadi saya anggap sahaja cara pemakaian tiub bantuan pernafasan itu betul,” jelasnya.

 

Tambah Riza, sewaktu babak itu dijalankan di sebuah hospital, dia banyak kali bertanyakan kepada pihak perubatan bagi mendapatkan kepastian cara pemakaian tiub bantuan pernafasan.

“Banyak kali saya tanya itu dan ini kerana mahu segala-galanya nampak sempurna. Malah, sebelum drama Bisik-Bisik Gelora ditayangkan, pihak penyiar TV3 juga ada bertanyakan tentang perkara itu.

“Saya dengan yakin bagitahu bahawa cara pemakaian tiub bantuan pernafasan itu telah dipasang dengan betul oleh pihak perubatan,” terangnya lagi.Babak kritikal Redza Rosli dikritik, pengarah cakap-"Pihak perubatan sendiri yang pasang" 3

Pun begitu, Riza tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini dan selaku pengarah drama berkenaan, dia memikul tanggungjawab tersebut dan memohon maaf kepada pihak yang terguris hati.

Kata Riza, dia tidak sengaja untuk memperlekehkan insitusi perubatan dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang dengan mendapatkan pandangan lebih daripada seorang pakar.

“Sebagai pengajaran, saya akan lebih berhati-hati dan akan mendapatkan pandangan lebih daripada seorang pakar sekiranya melakukan babak yang sama dikemudian hari,” ujarnya lagi.

Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi)


Babak kritikal Redza Rosli dikritik, pengarah cakap-"Pihak perubatan sendiri yang pasang" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list