Artikel Terkini

Badut Politik Dan Kecelaruan Pembangkang

Badut Politik Dan Kecelaruan Pembangkang
Badut Politik Dan Kecelaruan Pembangkang 1

Pertamanya, saya ingin tegaskan bahawa kenyataan ‘women aren’t born to be a leader’ (wanita tidak dilahirkan sebagai seorang pemimpin) daripada anak Presiden UMNO itu satu dakwaan yang tidak masuk akal. Saya percaya, ramai wanita juga tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Tidak perlulah hujah ini dipanjangkan lagi dengan statistik atau jadual panjang lebar. Hari demi hari, kepimpinan wanita di Malaysia kian berkembang dan kepakaran mereka amat diperlukan untuk memajukan negara. Cuma, sasaran untuk melibatkan wanita dalam barisan utama pemimpin negara masih perlu dilipatgandakan.

Tetapi, amat mengecewakan apabila berduyun-duyun Ahli Parlimen pembangkang mengkritik anak Presiden UMNO itu. Mereka menyerang dan mengkritik habis-habisan kenyataan tidak masuk akal itu dengan harapan mencapai political mileage. Sedangkan, mereka hanya menyerang seorang ‘badut politik’ yang cuba mengalih perhatian Ahli Parlimen Pembangkang pada isu yang lebih besar.

Badut politik boleh difahami sebagai watak yang membuat orang ketawa atas kejelekannya. Bak kata penulis Indonesia, Seno Gumira Ajidarma yang menyatakan “badut politik ini bukanlah tawa kebahagian yang wajib disyukuri.” Mengapa saya kata kritikan Ahli Parlimen Pembangkang kepada ‘badut politik’ ini tidak ada kesan besar?

Pertama, beliau tidak mempunyai jawatan penting di dalam parti malah pejabat awam. Maka, apa yang dia katakan seperti ‘wanita bukan pemimpin’ tidak akan memberi kesan besar kepada politik negara.

Kedua, serangan bertubi-tubi Ahli Parlimen Pembangkang hanya memenuhi hasratnya untuk menjadi popular di dalam media sosial dan orang awam.

Ketiga, tahap pemikiran anak Presiden UMNO itu tidaklah sekufu dengan taraf pemikiran Ahli Parlimen yang sepatutnya mengetengahkan perkara yang lebih signifikan kepada rakyat.

Dari sisi yang berbeza, bukankah lebih baik kenyataan anak Presiden UMNO itu dibalas oleh pemimpin sayap wanita atau pemimpin wanita muda di dalam parti? Dan bukankah lebih baik Ahli Parlimen Pembangkang sepatutnya memberi fokus kepada isu yang lebih kritikal berbanding badut politik ini?

Perangkap Badut Politik

Pemimpin politik Pembangkang seharusnya lebih matang dalam membaca isu tertentu dan bukan sekadar membesarkan isu yang remeh. Berpada-padalah dalam sindir-menyindir politik kerana perkara ini kepakaran cybertrooper bukan Ahli Parlimen.

Mungkin parti Pembangkang lupa, bagaimana mereka dikelirukan oleh ‘badut politik’ bernama Najib Razak sewaktu pilihan raya negeri Johor ke-15 tiga bulan lepas.

Kebanyakan pemimpin politik pembangkang menyerang Najib Razak habis-habisan di setiap ceramah di Johor sehingga lupa mengangkat idea dan dasar sendiri untuk ditawarkan kepada rakyat. Sedangkan Najib Razak hanya bekas Perdana Menteri. Kleptokrat dan orang yang sedang berhadapan kes di mahkamah yang mahu menjadi tukang formula dan pelawak bagi menaikkan rasa emosi Pembangkang.

Kecuaian ini telah menyebabkan mereka terlungkup di Johor dan BN pula kembali menjadi ‘Abang Besar’. Sebab itu, tenaga dan masa parti Pembangkang menyerang ‘badut politik’ ini tidak berkesan.

Suka atau tidak, sekurang-kurangnya Najib Razak sedar bahawa dia pernah buat silap. Dia mengaku bahawa BN tidak boleh menunggu lama untuk mengadakan pilihan raya seperti yang dibuatnya pada PRU14. Kesedaran ini juga telah menyatukan puak-puak bermasalah di dalam BN dan UMNO untuk mendesak Perdana Menteri mengadakan PRU15 dengan segera.

Persoalannya, apa yang parti Pembangkang sedar selepas PRU14, khususnya selepas dikhianati rakan-rakan sendiri semasa rampasan kuasa ‘Langkah Sheraton’?

Pembangkang sepatutnya gunakan ruang yang ada untuk menambah baik dasar dan hala tuju yang sebelum ini gagal menawan hati rakyat. Sekiranya parti Pembangkang menawarkan solusi konstruktif dan melipat gandakan komunikasi bersama rakyat, sudah pasti keyakinan rakyat itu akan datang kembali kepada mereka walaupun dalam kadar sedikit.

Janganlah selalu diulang siar kepada rakyat bahawa anda semua tidak sempat membawa perubahan kerana sekejap menjadi kerajaan. Rakyat akan mula bertanya, jika pentadbiran Dato’ Sri Ismail Sabri mampu laksanakan pelbagai inisiatif pada masa yang singkat, maka apa alasan Pembangkang untuk kata tidak ‘sempat’ laksanakannya?

Audit Forensik Dah Buat?

Parti Pembangkang sekarang perlu tumpukan kepada kebobrokan pentadbiran Ismail Sabri hari ini sehingga ekonomi rakyat terjejas, bukan melayan badut politik semata-mata.  Dan mereka harus sedar, parti Pembangkang telah terperangkap dengan permainan badut politik selepas PRU14 hingga sekarang.

Apa yang menyedihkan, sebahagian daripada pemimpin Pembangkang rela menjadi badut daripada pemimpin berjiwa rakyat. Ironinya, badut politik semakin yakin menang kerajaan, tetapi parti Pembangkang pula semuanya mengundurkan diri untuk bertanding PRU15.

Sebenarnya sasaran parti Pembangkang sepatutnya ke arah pentadbiran Ismail Sabri yang caca marba dalam menguruskan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Jika situasi ini pun tidak berjaya digarap parti Pembangkang, apa lagi yang ada untuk diperjuangkan?

Dalam erti kata lain, letaklah visi dan matlamat itu dalam agenda menjadi kerajaan semula dengan imej dan idea yang meyakinkan. Mungkin, apa yang diperlukan parti Pembangkang seperti Pakatan Harapan (PH) adalah ‘audit forensik’ untuk mengkaji kelemahan dasar dan strategi politik yang kian hari kian bercelaru.

Audit forensik ini mungkin dapat memberi gambaran yang jelas kepada pemimpin Pembangkang tentang kelemahan dan tindakan selanjutnya. Jika ia betul-betul dilaksanakan, sudah pasti ada jalan yang lebih baik berbanding membesarkan agenda ‘khemah besar’ yang kian gemuk tapi isinya tidak sihat serta dipersoalkan rakyat.

Hakikatnya, Malaysia sedang menuju PRU15. Jika parti Pembangkang sedar diri dan fokus kepada isu rakyat dalam kerangka yang besar, sudah pasti ia dapat meyakinkan pengundi untuk menyokong mereka. Jika tidak, BN akan terus mara ke Putrajaya atas kecuaian parti Pembangkang menumpukan sepenuh tenaga untuk meyakinkan rakyat.

Dan menjelang PRU15, apakah parti Pembangkang sudah bersedia atau terus meratib masa ini tidak sesuai kerana Covid-19 dan rakyat hidup susah? Adakah mereka fikir BN peduli akan isu-isu ini?

Tentu sekali tidak.


Badut Politik Dan Kecelaruan Pembangkang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list