Artikel Terkini

Bon Odori: Keagamaan Dan Kebudayaan

Bon Odori: Keagamaan Dan Kebudayaan
Bon Odori: Keagamaan Dan Kebudayaan 1

Bon Odori dikenali sebagai Obon atau Bon merupakan perayaan keagamaan dan budaya masyarakat Jepun yang beragama Buddha. Bon kebiasaannya disambut pada hari ke-15 bulan kesembilan dalam kalendar lunar Cina/Jepun. Pada tahun ini festival ini akan disambut pada 15 Julai di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam. Upacara ini umpama perayaan Festival Hantu Lapar yang disambut oleh orang Cina.

Di Malaysia, Festival Bon Odori telah disambut semenjak tahun 1977 lagi, sebagai acara kecil-kecilan menurut laman sesawang rasmi Kelab Jepun Kuala Lumpur. Tetapi pada tahun ini perayaan ini telah menjadi suatu isu akidah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati program itu mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.

Pelbagai polemik hukum dan fatwa serta pandangan-pandangan cendekiawan mengenai isu ini sehingga ada dakwaan bahawa isu ini sengaja dipermainkan PAS supaya menjadi isu kempen Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Malahan ia bertambah keruh apabila kenyataan Dewan Ulama PAS Pusat mempertahankan kenyataan Datuk Idris Ahmad sehingga timbul soal kesetiaan mereka kepada Sultan Selangor.

Di Jepun sendiri, festival keagamaan ini telah menjadi festival kebudayaan. Di mana tibanya tarikh sambutan ini, seluruh masyarakat Jepun akan pulang ke kampung halaman untuk menyambutnya bersama keluarga tercinta. Dan seterusnya melakukan ritual keagamaan yang sepatutnya sehingga kemuncaknya iaitu berjoget seiring paluan gendang.

Sama juga di Malaysia dengan perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas. Perayaan-perayaan ini disambut oleh penganut agama dan bangsanya masing-masing. Untungnya di negara ini, setiap perayaan ini tidak disambut oleh penganut agama dan bangsa pemilik perayaan tersebut semata. Boleh dilihat sendiri, apabila Hari Raya, ada bukan Melayu atau bukan Islam hadir ke rumah Melayu Islam untuk jamuan rumah terbuka dengan memakai Baju Melayu dan Baju Kurung. Sama juga dengan Tahun Baru Cina dan Deepawali serta Krismas, putarannya juga sebegitu.

Tapi adakah timbul isu orang Islam Malaysia melakukan kesyirikan pada perayaan bukan Islam? Pastinya tidak pernah, ini kerana orang Islam di Malaysia sudah sedia maklum bahwa ada aktiviti ritual tertentu. Maka dengan didikan agama Islam yang dipelajari, sudah tentu ritual keagamaan itu dielakkan dan sambutan tetap diraikan dengan meriah.

Oleh sebab itu, ada pihak berpandangan supaya tidak melarang kehadiran orang Islam untuk hadir ke Festival Bon Odori bagi meramaikan dan memeriahkan perayaan tersebut. Cukup sekadar beri garis panduan supaya orang Islam dapat mengetahui apa ritual dan aktiviti yang mempunyai unsur syirik supaya boleh dielakkan. Jikalau dilarang, akan terdapat perselisihan faham yang akan menimbulkan masalah diplomatik antara Malaysia dan Jepun serta merosakkan nilai kepelbagaian budaya di Malaysia.

Kesimpulannya, Festival Bon Odori ini yang merupakan sebuah perayaan keagamaan telah menjadi sambutan kebudayaan bagi masyarakat Jepun. Tidak ubah seperti perayaan-perayaan yang ada di Malaysia ini, disambut juga sebagai sambutan kebudayaan walhal asalnya berkaitan agama saja.

(Artikel ini adalah tulisan saudara Fakhrul Nizam dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)


Bon Odori: Keagamaan Dan Kebudayaan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list