Artikel Terkini

Bon Odori: ‘Orang kita pula lebih sudu dari kuah nak sambut’

Bon Odori: ‘Orang kita pula lebih sudu dari kuah nak sambut’
Bon Odori: 'Orang kita pula lebih sudu dari kuah nak sambut' 1

BANGI, 12 Zulkaedah 1443H, Ahad – Orang ‘kita’ seperti lebih sudu daripada kuah apabila bermati-matian dan terhegeh-hegeh mengamalkan budaya Jepun yang mempunyai aspek syirik, sedangkan banyak budaya lain boleh disambut tanpa masalah.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, generasi kini yang terhegeh-hegeh mengangkat perayaan festival Bon Odori sehingga sanggup mengetepikan akidah, bahkan mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditutup.

Beliau berkata, isu sambutan Bon Odori sudah jelas berkaitan dengan hal akidah dan sememangnya tiada keperluan untuk disambut oleh orang Islam.

Bahkan katanya, mufti dan golongan ilmuan senada dengan saranan Jakim, malah tiada larangan untuk perayaan itu disambut orang bukan Islam.

“Saya tidak faham mengapa ramai pula orang Melayu yang ‘kepanasan’ dengan saranan Jakim itu.

“Ramai yang menggunakan alasan ‘budaya’ untuk menghalalkannya walaupun aspek syirik itu masih diamalkan secara masyhur oleh masyarakat Jepun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aminuddin berkata, sepatutnya apabila Jepun sudah tiada, orang Melayu boleh mengangkat budaya bangsa sendiri, namun sebaliknya pula berlaku hari ini.

“Orang kita pula lebih sudu daripada kuahnya. Nenek moyang kita dahulu dipaksa ‘menganuti’ budaya Jepun dengan penuh kekerasan dan dalam masa yang singkat ketika zaman penjajahan Jepun dahulu.

“Malah, Raja-Raja dan Sultan-Sultan pun dikesampingkan begitu sahaja oleh Jepun yang memaksa budaya mereka kepada rakyat-rakyat Tuanku pada ketika itu.

“Apa-apa pun berkadarlah. Ingatlah pada batas-batas agama, apatah lagi bab akidah kerana itu adalah yang paling asas sebagai seorang muslim,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Bon Odori: 'Orang kita pula lebih sudu dari kuah nak sambut' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list