Artikel Terkini

Buatlah pilihan yang tepat – Wan Rosdy

Buatlah pilihan yang tepat – Wan Rosdy
Buatlah pilihan yang tepat - Wan Rosdy 1

KUANTAN – Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengharapkan para perwakilan dapat membuat pilihan tepat agar pemimpin yang akan dipilih nanti adalah mereka yang mampu mengukuhkan semula UMNO terutamanya dalam meraih sokongan rakyat.

Selain itu, katanya, memilih pemimpin yang setia juga penting.

“Menerusi persidangan kali ini, kesetiaan dan kebersamaan menjadi kunci utama pengukuhan UMNO untuk kita teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Wan Rosdy merupakan satu-satunya wakil dalam kalangan menteri besar UMNO.

Malah calon dari Pengerusi Badan UMNO Pahang itu merupakan wakil tunggal ini yang mewakili Pantai Timur sekali gus mewakili Terengganu dan Kelantan jika terpilih.

“Sebagai calon dalam kalangan Menteri Besar, saya merasa terpanggil untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada sesi pemilihan kali ini.

“Ini kerana, saya merasakan perlu ada wakil daripada kumpulan ini untuk berada dalam ‘Top 5’ kepimpinan UMNO yang akan membantu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO memulihkan semula parti ini.

“Oleh itu, atas semangat kebersamaan dan kesetiaan sebagai ahli parti, saya Wan Rosdy Wan Ismail memohon semua perwakilan untuk mengundi saya, calon nombor 5 bagi jawatan naib presiden,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Ditanya misinya, Wan Rosdy berkata, beliau mahu terus menyumbang kepada parti berdasarkan pengalaman dan kewibawaannya ketika mula memimpin Pahang semasa 22 bulan ketika pertadbiran Pakatan Harapan (PH).

Selain terkenal dengan sifat tenangnya dalam mentadbir negeri, karier politiknya juga dipelihara secara istiqamah tanpa menjatuhkan atau memburukkan pihak lawan. – MalaysiaGazette

 

Buatlah pilihan yang tepat - Wan Rosdy 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa

See also  Teach finance, entrepreneurship in secondary schools, says Ahmad Maslan
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo