Artikel Terkini

Budaya Nusantara Dalam Layla Majnun

Budaya Nusantara Dalam Layla Majnun
Budaya Nusantara Dalam Layla Majnun 1

Medium filem adalah medium terbaik untuk menyuntik sebarang idea kepada khalayak umum – sama ada idea berbentuk propaganda, ilusi, sains, teori, magis, keagamaan, politik, atau lain-lain. Oleh sebab demikianlah filem menjadi satu medium hiburan yang paling popular di dunia.

Dalam tulisan kali ini saya sekali lagi ingin memuji Indonesia dalam langkah membawa bersama-sama kebudayaan mereka masuk ke dalam filem. Filem Layla Majnun yang mana baru sahaja menemui penonton beberapa hari sebelum Valentine’s Day tahun 2020 memberi impak besar dalam kebudayaan Indonesia yang mana mereka berjaya menggabungkan kebudayaan Azerbaijan dan Indonesia.

 Layla Majnun adalah sebuah karya monumental dari Nizami Ganjavi yang berasal dari Ganja, kawasan barat Azerbaijan, sebuah negara bekas republik Soviet yang diapit oleh Turki dan Laut Kaspia. Karya roman ini ditulis pada abad ke-7 yang berasal dari bait-bait puisi dan dijadikan sebuah novel tragis. Saya percaya ramai yang mengetahui nama Layla Majnun ini kerana ia adalah sebuah kisah cinta tragis yang menyamai kesusasteraan barat Romeo and Juliet.

Apabila saya menonton trailer filem ini, saya tidak meletakkan harapan besar untuk ia menyamai dengan novel asalnya. Sememangnya sehingga setakat ini, boleh dikatakan tiada mana-mana adaptasi filem dari novel yang lebih menari berbanding naskhah asal. Dalam trailer tersebut, saya tidak melihat unsur-unsur kearaban atau adegan-adegan persis dalam novel. Kemungkinan besar filem ini hanyalah mengambil tema novel asal tetapi watak dan latarnya berbeza.

Kejutan di dalam Layla Majnun ini bermula dengan adegan pertama yang membuatkan saya merinding. Adegan dibuka dengan wayang kulit Jawa dimainkan oleh Layla dan ayahnya. Adegan pertama menjadi adegan penting dalam memberi petunjuk mengenai keseluruhan filem. Wayang kulit ini bukan sahaja terhenti di situ, tetapi ia dibawa terus ke akhir cerita dengan sangat baik dan tidak tergesa-gesa.

Inilah faktor yang membuatkan saya menunduk hormat kepada filem dari negara seberang. Bagaimana mereka dapat menyatukan budaya Azerbaijan dan Indonesia dalam masa yang sama tidak merosakkan naratif cerita dan menyusun plot dengan baik.

Gandingan mantap Acha Septriasa dan Reza Rahadian membawa watak Layla dan Samir. Seperti mana yang kita tahu Reza Rahadian ini dianggap pelakon serba boleh, dan apabila saya melihat Acha Septriasa pula, saya cuba membandingkannya dengan lakonannya sebelum ini dalam 99 Cahaya di Langit Eropa (2013 dan 2014), dan Bulan Terbelah di Langit Amerika (2015 dan 2016).

Kedua-dua filem sebelumnya ini hanya mengangkat adaptasi novel ke layar perak dan tidak menyentuh budaya Nusantara. Ia berbeza dengan Layla Majnun ini yang mana saya lebih cenderung untuk menyatakan ia sebuah filem homage berbanding adaptasi.

Selain kebudayaan wayang kulit, Layla Majnun membawa sedikit persoalan sastera. Layla yang mana seorang guru di sekolah juga seorang penulis novel. Awalan cerita ini menyiram penonton dengan nama-nama tokoh Indonesia. Adegan ini penting – selain ia mempunyai keterkaitan dengan plot penceritaan – kita juga perlu ingat bahawa Layla Majnun ini ditayangkan di seluruh dunia melalui Netflix. Ia secara tidak langsung dapat mempromosikan kesusasteraan dan tokoh Indonesia. Bahkah sehingga Layla dijemput untuk menjadi dosen di Azerbaijan, dia juga membawa nama Hamka untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar sarjananya di sana.

Dulu kita punyai filem yang dibuat penggambarannya di Turkey, Istanbul Aku Datang (2012) dan saya kira ia sebuah filem romantik komedi yang tidak bermasalah. Cumanya tidak salah kita meniru sahabat dari sebelah – membawa masuk juga kebudayaan kita ke dalam filem, dan menjadikan ia sebuah filem yang baik dari unsur-unsur subteks dan juga naratif.


Budaya Nusantara Dalam Layla Majnun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list