Artikel Terkini

Cabar keabsahan vernakular: Perjuangan diteruskan di Mahkamah Rayuan

Cabar keabsahan vernakular: Perjuangan diteruskan di Mahkamah Rayuan
Cabar keabsahan vernakular: Perjuangan diteruskan di Mahkamah Rayuan 1

1. PERTUBUHAN-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) selaku gabungan NGO Melayu-Islam utama di Malaysia ingin menzahirkan kesyukuran atas pemfailan rayuan di Mahkamah Rayuan bagi kes Keabsahan Sekolah Vernakular bertarikh 27 Januari 2022.

2. Setelah berbincang dengan anggota Sekretariat PEMBELA, kita telah bersetuju untuk meneruskan kes di Mahkamah Rayuan melalui Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya, iaitu salah seorang plaintif utama melalui Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang merupakan salah satu NGO gabungan PEMBELA.

3. Pihak Sekretariat bersetuju dan plaintif-plaintif telah melantik Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil dan Tetuan Hariz Syakinah & Co, serta pasukan ini akan diketuai oleh peguam kanan Tuan Haji Haniff Khatri untuk kes ini.

4. Rayuan ini antaranya, bakal mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang berpendapat bahawa SJKC dan SJKT bukan ‘pihak berkuasa awam’ yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.

5. Sebenarnya, oleh kerana keputusan itu juga, sepatutnya kerajaan tidak ada apa-apa tanggungjawab pun untuk menyalurkan dana memandangkan sekolah vernakular bukan ‘pihak berkuasa awam’. Berbeza dengan sekolah agama, kerana ianya termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan bahasa pengantarnya adalah bahasa kebangsaan.

6. Kos awal bagi pemfailan di Mahkamah Rayuan telah dibiayai sepenuhnya oleh Tabung Kilat Kes Mencabar Keabsahan Sekolah Vernakular yang telah dilancarkan pada 3 Januari 2022 yang lalu.

7. Namun, perjuangan ini masih panjang dan oleh itu, kita berbesar hati jika tabung ini dapat terus didokong untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Sumbangan boleh disalurkan melalui:

i. Platform online: bit.ly/DanaCabarVernakular (Billplz)
ii. Pindahan bank: 562209676286 (Maybank – Yayasan Pembela Muslim)

8. Akhir sekali, pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, penyokong dan barisan peguam yang memungkinkan kami untuk terus berjuang dalam kes ini demi merealisasikan agenda sistem sekolah satu aliran kebangsaan.

𝗦𝗘𝗞𝗥𝗘𝗧𝗔𝗥𝗜𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠
𝟮𝟴 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Cabar keabsahan vernakular: Perjuangan diteruskan di Mahkamah Rayuan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list