Artikel Terkini

COVID-19: Indonesia ketat sekatan bersosial di 4 bandar

COVID-19: Indonesia ketat sekatan bersosial di 4 bandar
COVID-19: Indonesia ketat sekatan bersosial di 4 bandar 1

JAKARTA, 5 Rejab 1443H, Isnin – Indonesia akan mengetatkan sekatan aktiviti sosial di Jakarta dan Bali serta di dua bandar lain di Pulau Jawa, dalam usaha membendung peningkatan jangkitan coronavirus.

Menteri Kanan – yang mengawasi tindak balas wabak di Jawa dan Bali – Luhut Pandjaitan mengumumkan sekatan aktiviti sosial yang diperketatkan di Jakarta, Bali serta Bandung di Jawa Barat dan Yogyakarta di Jawa Tengah.

Di bawah peraturan baharu itu, pasar raya, pusat membeli-belah dan restoran akan beroperasi pada kapasiti 60 peratus, manakala kapasiti di rumah ibadat akan dikurangkan kepada 50 peratus, katanya pada sidang akhbar.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, tiga wilayah termasuk Jakarta, Banten dan Bali telah melebihi kadar jangkitan yang dilihat ketika gelombang yang didorong oleh varian Delta Julai lalu.

Bagaimanapun katanya, kemasukan ke hospital kekal rendah.

“Jangan panik apabila anda melihat peningkatan kes,” kata Budi.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Pengangkutan menjelaskan bahawa pelancong luar negara masih boleh memasuki negara ini melalui ibu kota Jakarta, selepas kementerian itu menyatakan sebaliknya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Menerusi kenyataan itu, pelancong asing dan warga Indonesia yang pulang bercuti di luar negara akan dilarang buat sementara waktu daripada mengunjung Jakarta, sebagai langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19.

Kenyataan baharu itu berkata, pelancong yang terbang dari luar negara masih boleh tiba di lapangan terbang Bali, begitu juga di Batam dan Tanjung Pinang di Kepulauan Riau berhampiran Singapura.

Negara Asia Tenggara itu menyaksikan lonjakan kes yang didorong oleh varian Omicron, dengan lebih 36,000 jangkitan dilaporkan pada Ahad dan kadar penggunaan katil di hospital di ibu negara mencapai 63 peratus, meningkat daripada 45 peratus pada Januari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

COVID-19: Indonesia ketat sekatan bersosial di 4 bandar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list