Artikel Terkini

Dakwaan terhadap Muhyiddin naikkan semangat juang Wanita Bersatu, kata Rina

Dakwaan terhadap Muhyiddin naikkan semangat juang Wanita Bersatu, kata Rina
Dakwaan terhadap Muhyiddin naikkan semangat juang Wanita Bersatu, kata Rina 1

Ketua Wanita Bersatu itu mendakwa pertuduhan dihadapi bekas perdana menteri berkenaan bersifat politik dendam dan pendakwaan terpilih.

Dakwaan terhadap Muhyiddin naikkan semangat juang Wanita Bersatu, kata Rina
Rina Harun berkata mereka turut yakin PN mampu tawan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pada PRN. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Wanita Bersatu Rina Harun berkata pendakwaan salah guna kuasa dihadapi Muhyiddin Yassin hari ini hanya menaikkan semangat juang dan kecintaan sayap itu pemimpin nombor satu Bersatu itu.

Beliau mendakwa pertuduhan dihadapi presiden Bersatu itu ternyata bersifat politik dendam dan pendakwaan terpilih.

“(Ia) telah menaikkan semangat juang dan kecintaan Srikandi serta ahli akar umbi kepada parti dan pemimpin, khususnya presiden Bersatu,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena persidangan tahunan sayap itu, antaranya membincangkan pendakwaan dihadapi Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri.

Terdahulu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat tuduhan salah guna kuasa berkait program Jana Wibawa, mendapatkan RM232.5 juta untuk partinya, Bersatu, serta dua tuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM195 juta.

Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu dilaporkan berkata Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan dikenakan lagi tuduhan rasuah dan salah guna kuasa pada Isnin di Mahkamah Shah Alam.

Sementara itu, Rina berkata pihaknya yakin PN akan menawan enam tiga negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pada PRN selain mengekalkan Kedah, Terengganu serta Kelantan.

“Srikandi telah menubuhkan Unit Khas Pilihanraya Srikandi (UKPS) sebagai persediaan menghadapi PRN,” katanya.

Dakwaan terhadap Muhyiddin naikkan semangat juang Wanita Bersatu, kata Rina 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo