Artikel Terkini

Dari Rwanda Ke Malaysia

Dari Rwanda Ke Malaysia
Dari Rwanda Ke Malaysia 1

Saya pernah tonton dua filem, Hotel Rwanda dan Sometimes In April.

Kedua-duanya berlatarbelakangkan tema yang serupa, Pembantaian Rwanda 1994 (Rwandan Genocide 1994).

Pembantaian Rwanda 1994 bukan saja satu titik hitam kepada negara Rwanda itu sendiri, tapi juga kepada seluruh dunia. Sebabnya kerana kegagalan masyarakat dunia melalui PBB itu sendiri untuk menghalang pembantaian yang mengorbankan sekitar 1 juta jiwa manusia.

Dalam tempoh hanya 100 hari.

Asal pembantaian bermula dari pemecahan etnik Hutu dan Tutsi, dua etnik yang mendiami Rwanda. Tidak ada banyak beza di antara Hutu dan Tutsi, sama saja seperti bila kita disuruh membezakan Minang dan Jawa.

Namun 1994 di Rwanda keadaan politik dan sosial memecahkan dua etnik yang bersaudara ini. Hutu adalah etnik majoriti dan mereka lebih berkuasa dalam ehwal politik Rwanda. Tutsi pula minoriti, tapi mereka lazimnya jauh lebih terpelajar dan berjaya dalam bidang ekonomi.

Yang menariknya mengenai dua etnik ini mereka berasal dari keturunan yang sama dan hidup aman damai sebelum era kolonial. Bila kolonialis Jerman dan Belgium mula menjajah Rwanda dan negara sekitarnya berlaku usaha untuk memecahkan kedua etnik dan diberi layanan yang berbeza.

Proses pemecahan yang bertahun ini akhirnya menjadikan etnik Hutu dan Tutsi tidak lagi dapat berintegrasi antara satu sama lain dan menjelang 1990 satu perang saudara meletus di Rwanda. Gerila Rwandan Patriotic Front (RPF) yang dianggotai etnik Tutsi memberontak terhadap kerajaan Rwanda yang dikuasai Hutu.

Menjelang 1993 Perjanjian Arusha ditandatangani oleh kedua pihak bertelagah dan gencatan senjata bermula. Tetapi semuanya berubah pada 6 April 1994 bila kapal terbang yang dinaiki oleh Presiden Juvenal Habyarimana ditembak jatuh ketika mahu mendarat di Kigali, ibukota Rwanda.

Lantaran dari pembunuhan ini puak ekstremis Hutu dalam kerajaan menuduh etnik Tutsi dan elemen RPF bertanggunjawab. Pihak tentera Rwanda dengan sokongan militia Hutu bertindak membunuh ahli-ahli politik Hutu yang sederhana dan pemimpin Tutsi dalam kerajaan.

Dari Kigali pembantaian merebak ke seluruh Rwanda. Surat khabar dan radio milik kerajaan yang dikuasai Hutu menyeru kepada semua etnik Hutu untuk ‘membersihkan Rwanda dari lipas Tutsi’. Rumah-rumah, kedai dan gedung, sekolah serta rumah ibadat milik etnik Tutsi dibakar hangus. Golongan dewasa Tutsi dicincang dengan parang, kerana peluru-peluru Hutu terlalu berharga untuk dibazirkan ke atas ‘lipas Tutsi’. Gadis-gadis Tutsi diperkosa dan kemudiannya dikorbankan, begitu juga anak-anak kecil. Harta-harta mereka dirampas.

Cetusan dari pembantaian ini memaksa barisan gerila RPF untuk memulakan kembali gerakan ofensif mereka. Mungkin oleh kerana tentera Rwanda yang dibarisi Hutu dan militia Hutu mereka terlalu sibuk menjarah, membunuh, merogol dan merompak, mereka tidak bersedia untuk menghadapi serangan RPF.

Perlahan-lahan, satu demi satu kota-kota di Rwanda jatuh ke tangan RPF. Menjelang 3 Julai, 100 hari genapnya pembantaian yang dicetuskan kerajaan Rwanda pimpinan Hutu, Kigali ibukota Rwanda jatuh ke tangan RPF.

Dua juta etnik Hutu lari meninggalkan Rwanda. Majoriti dari mereka ialah anggota tentera, militia Hutu dan individu-individu yang selama 100 hari itu kerjanya membantai nyawa etnik Tutsi yang mencecah sekitar 1 juta korban jiwa.

Hukum karma.

Membaca artikel sejarah seperti ini kita mungkin tidak merasa apa-apa. Untuk melalui pengalaman menempuhinya kita tidak sanggup.

Lantas filem menjadi medium untuk kita menyaksikan peristiwa hitam di Rwanda pada 1994. Menonton Hotel Rwanda dan Sometimes In April, membuatkan saya kecut perut dan merasa jijik kepada fahaman perkauman dan penindasan kaum.

Kita tidak mahu dikepung di tengah jalan oleh sekumpulan rasis yang bersenjatakan parang, ghairah mahu mengambil nyawa kita hanya kerana berlainan bangsa. Kita tidak mahu anak-anak kita dikurung dalam sekolah mereka dan dibakar hidup-hidup, hanya kerana mereka berlainan bangsa.

Kita tidak mahu itu semua di Malaysia.

Asal Pembantaian Rwanda 1994 bertitik tolak dari polisi pemecahan etnik dan dasar-dasar yang menerapkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

Ia kemudiannya diapi-apikan dengan semangat perkauman, kuasa bangsa seperti Hutu Power, perebutan kuasa politik dan ekonomi serta rasa sangsi antara Hutu dan Tutsi.

Hasilnya, kedua-dua Hutu dan Tutsi yang merana.

Setiap kali 13 Mei berlalu ianya tanpa apa-apa. Tahun ini ia genap 53 tahun. Kerana ianya peristiwa yang berlaku 53 tahun yang lampau, majoriti rakyat Malaysia yang ada hari ini bukanlah dari generasi yang melalui titik hitam sejarah Malaysia itu.

Lima puluh tiga tahun selepas 13 Mei rata-rata kita di Malaysia masih bercakap soal etnik dan bangsa. Kadangkala bila bercakap berapi-api, sambil merujuk pada 13 Mei.

Soalnya memang senang mahu cakap berapi-api, penuh semangat mahu ajar bangsa satu lagi yang kurang ajar. Memang mudah bertempik bangga mahu asah parang atau mahu memandikan keris kerana mahu menunjuk siapa yang berkuasa. Tapi bila semua hangus terbakar dan mayat bergelimpangan, apa yang kamu dapat?

Selepas 56 tahun merdeka, 50 tahun Malaysia ditubuhkan dan 44 tahun selepas tragedi 13 Mei, sangat menyedihkan bila kita masih lagi bercakap tentang Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kita masih gagal bercakap tentang soal bangsa Malaysia tapi masih sibuk dengan hal bangsa masing-masing.

Siapa dapat kuasa lebih, siapa dapat wang lebih, siapa yang istimewa dan siapa yang tidak.

Sayang bila bercakap soal 13 Mei, kita memilih ianya untuk menjadi momokan buat menakut-nakutkan satu sama lain. Sedangkan yang lebih baik ialah menjadikan ia sebagai satu pengajaran untuk berhenti bercakap soal perkauman dan sebaliknya memupuk semangat perpaduan.

Tidak ada siapa di antara kita yang mahu hidup seperti 100 hari di Rwanda.


Dari Rwanda Ke Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list