Infotainment

Dedah Suami Curang Melalui TikTok Live, Tindakan Usahawan Kosmetik Ini Cetus Pertikaian Netizen

Dedah Suami Curang Melalui TikTok Live, Tindakan Usahawan Kosmetik Ini Cetus Pertikaian Netizen
Dedah Suami Curang Melalui TikTok Live, Tindakan Usahawan Kosmetik Ini Cetus Pertikaian Netizen 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya impikan hubungan diijab kabul berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dalam pada itu, ujian yang hadir antara yang membuatkan sesebuah hubungan itu retak.

Itulah yang terjadi kepada seorang influencer dan juga usahawan kosmetik yang tampil berkongsi bersama netizen menerusi TikTok @lurveniaofficial.

Berdasarkan perkongsian, wanita yang dilabel netizen sebagai ‘berani’ ini bukan sahaja sempat merakam, malah sempat membuat TikTok Live sewaktu mendedahkan suaminya yang curang bersama wanita lain.

@lurveniaofficial

Tiada apa yg hendak dikata lagi, banyak kali bagi peluang masih sama….hari anniversary yg sepatotnya disambut bersama tapi dikhianati 🥹 jangan tanya kenapa tak serang, tiada penyelesaian jika ikot hati #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #hatiyangkausakiti #curangitupilihanbukanpaksaan

♬ original sound – LURVENIA BEAUTY – LURVENIA BEAUTY

Menerusi perkongsian video yang dibuat, dapat dilihat beliau yang sambil membuat TikTok Live telah menghubungi suaminya serta turut membuat loud speaker untuk membolehkan para netizen menjadi saksi sebelum panggilan itu dijawab oleh teman wanita suami beliau.

Meraih lebih 3.8 juta tontona setakat artikel ditulis, wanita ini sempat memuat naik sebuah lagi video untuk berkongsi kepada netizen keperitan yang dilalui sempena ulang tahun perkahwinan beliau. Turut dikongsikan bersama detik menyambut sambutan ulang tahun perkahwinan tanpa suami disisi.

@lurveniaofficial

Video ni tiktok remove, takde mengganggu sesiapa pn kene remove jgk 🥹 #hatiyangkausakiti #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #fyp #curangitupilihanbukanpaksaan

♬ original sound – LURVENIA BEAUTY – LURVENIA BEAUTY

Perkongsian sedih yang dibuat secara tidak langsung telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Terdapat netizen yang memaklumkan agar wanita ini membuat tuntutan cerai berdasarkan bukti yang sudah ada. Tidak kurang juga yang memaklumkan turut merasai keperitan yang terpaksa dilalui wanita ini.

See also  Bab Gosok Baju Johan Buat, Ozlynn Dah Fobia!
Screenshot 2023 03 17 at 5.53.02 PM
Sumber: TikTok @lurveniaofficial
Screenshot 2023 03 17 at 5.53.40 PM
Sumber: TikTok @lurveniaofficial

Sementara itu, terdapat juga netizen yang pelik dengan tindakan wanita yang merupakan usahawan ini dengan bertanyakaan tujuan memuat naik video di TikTok ini bertujuan untuk marketing atau sebaliknya. Setakat ini, wanita ini masih belum membuat sebarang video susulan berikutan insiden yang berlaku.


Dedah Suami Curang Melalui TikTok Live, Tindakan Usahawan Kosmetik Ini Cetus Pertikaian Netizen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo