Infotainment

Dengar Bisikan & Dibacakan Ayat Kursi, Shaza Bae Diganggu?

Dengar Bisikan & Dibacakan Ayat Kursi, Shaza Bae Diganggu?
Dengar Bisikan & Dibacakan Ayat Kursi, Shaza Bae Diganggu? 1

Pelakon dan pengacara, Shaza Bae mengakui dia ada menerima gangguan ketika menjalani penggambaran drama seram komedi berjudul Jangan Ganggu Jodohku sebelum ini.

Dengar Bisikan & Dibacakan Ayat Kursi, Shaza Bae Diganggu? 2


9 bulan lalu

Pernah Ditawar Jadi ‘Sugar Baby’, Shaza Bae Tak Hakimi Wanita Pilih Untuk Jadi Wanita Simpanan

Menurut Shaza, dia berdepan pengalaman seram serta detik cemas tersebut ketika hari pertama penggambaran drama seram komedi itu.

Untuk memegang watak sebagai Aliza dalam drama ini, memang banyak babak misalnya saya dirasuk dan jujur saya tak nafikan ia ada berlaku  sewaktu jalani penggambaran untuk babak pembukaan cerita.

Tambah Shaza, babak tersebut memerlukan dia untuk berada di atas pelamin ketika itu kerana sedang ingin berkahwin dan kemudiannya dirasuk, namun sebelum itu lagi dia sudah mula berasa seram sejuk dan jantung berdegup kencang secara tiba-tiba.

Shaza turut memaklumkan yang dia kebetulan perlu menjerit dalam babak tersebut dan ketika dia sedang menjerit, jeritan itu kemudiannya ‘terputus’ kerana dia merasakan seperti ada orang yang menarik tangannya.

Susulan kejadian itu, Shaza mengatakan yang sesi penggambaran untuk babak seterusnya terpaksa dihentikan seketika dan dia kemudiannya dibawa masuk ke dalam bilik untuk dibacakan Ayat Kursi.

Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri akui yang dia terus menangis ketika Ayat Kursi dibaca, dia tidak tahu mengapa berasa sangat sayu dan hanya ingin menangis ketika itu.

Shaza Bae

Ujar Shaza lagi, dia dengar seolah-olah ada bisikan di telinga dan mula rasa lain selepas dia sudah bertenang dan akhirnya pihak produksi mengambil keputusan untuk hentikan penggambaran kerana keadaan seakan tidak terkawal.

Sekadar info, drama Jangan Ganggu Jodohku bakal memulakan siarannya setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam di slot Megadrama, Astro RIA bermula 29 November depan.

Drama tersebut turut dibintangi barisan pelakon mantap yang lain seperti Yusuf Bahrin, Amerul Affendi, Shah Iskandar, Sabhi Sadhi dan Sherry Ibrahim.


Dengar Bisikan & Dibacakan Ayat Kursi, Shaza Bae Diganggu? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list