Artikel Terkini

Depoh Bangladesh dituduh tak maklum simpanan stok bahan kimia

Depoh Bangladesh dituduh tak maklum simpanan stok bahan kimia
Depoh Bangladesh dituduh tak maklum simpanan stok bahan kimia 1

SITAKUNDA, 6 Zulkaedah 1443H, Isnin – Pihak berkuasa Bangladesh menuduh, pengendali depoh kontena tidak memberitahu bomba mengenai simpanan stok bahan kimia sebelum ia meletup.

“Pihak berkuasa depoh tidak memaklumkan kepada kami bahawa terdapat bahan kimia mengerikan di sana.

“Sembilan pegawai kami terbunuh. Beberapa orang juga hilang,” kata pegawai bomba, Mohammad Kamruzzaman kepada AFP.

Jumlah berkenaan adalah angka terburuk yang pernah dialami oleh jabatan bomba di negara yang terdedah kepada kemalangan industri, di mana piawaian keselamatan adalah longgar dan rasuah sering menyebabkan ia diabaikan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Balai Bomba Chittagong, Purnachandra Mutsuddi berkata, kemudahan itu tidak mempunyai sebarang pelan keselamatan dan kekurangan peralatan memadam kebakaran.

“Pelan keselamatan memaparkan bagaimana depoh mengawal kebakaran. Tetapi tiada apa-apa.

“Mereka juga tidak memaklumkan kepada kami mengenai bahan kimia itu. Jika mereka berbuat demikian, korban akan lebih sedikit,” katanya.

Sekurang-kurangnya 49 orang maut dan ratusan lagi cedera dalam kebakaran di depoh kontena perkapalan di Bangladesh.

Angka kematian dijangka meningkat lagi.

Lebih 36 jam selepas letupan, beberapa kontena masih terbakar sekali gus menghalang penyelamat daripada memeriksa kawasan di sekeliling mereka untuk mencari mangsa.

Kira-kira sedozen daripada 300 yang cedera berada dalam keadaan kritikal. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Depoh Bangladesh dituduh tak maklum simpanan stok bahan kimia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list