Artikel Terkini

Didakwa melarikan diri bayar hutang RM720k, Mawar Karim dikatakan bakal bankrap

Didakwa melarikan diri bayar hutang RM720k, Mawar Karim dikatakan bakal bankrap
Didakwa melarikan diri bayar hutang RM720k, Mawar Karim dikatakan bakal bankrap 1

Usahawan selebriti, Mawar Karim dikatakan bakal berdepan dengan tindakan pengisytiharan bankrup, sekiranya gagal untuk melunaskan hutang yang dipinjam olehnya daripada seorang sahabat.

Berdasarkan laporan Mstar, wanita berusia 33 tahun itu dikatakan membuat pinjaman daripada seorang rakan kenalan, Nabil Mat Yahya atas tujuan modal memulakan perniagaannya.

Didakwa melarikan diri bayar hutang RM720k, Mawar Karim dikatakan bakal bankrap 2

Difahamkan, Mawar meminjam wang sepanjang RM 720,000 daripada Nabil.

Menurut peguam mewakili pihak Nabil, Nik Zarith, Mawar dilihat gagal melunaskan hutang tersebut secara ansuran dalam tempoh tujuh bulan, bermula tarikh pinjaman iaitu 7 Jun 2021 seperti yang terkandung dalam perjanjian.

Tambah Nik Zarith, pihaknya telah menghantar notis tuntutan bayaran selepas 10 bulan ibu kepada seorang anak itu dikatakan gagal membuat pembayaran kepada anak guamannya.

Pada masa yang sama, pihaknya telah memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu dan pihak mahkamah telahpun mengeluarkan penghakiman ingkar hadir kepada Mawar,namun tiada sebarang jawapan diterima.

“Dia boleh menjawab secara terus atau lantikan peguam memandangkan ia sudah menjadi kes mahkamah.”

Nik Zarith menegaskan Mawar perlu menjelaskan semula hutang yang dipinjam sebelum pihaknya bertindak melakukan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank usahawan itu sendiri.

“Jika jumlah masih tak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharan bankrap boleh dilakukan atau harta milik Mawar bakal dilelong.”katanya

Didakwa melarikan diri bayar hutang RM720k, Mawar Karim dikatakan bakal bankrap 3

Diharapkan pihak daripada Mawar Karim tampil memberikan sebarang maklum balas mengenai isu tunggakan hutang ini.

Sumber: Mstar (Farol Hadi)


Didakwa melarikan diri bayar hutang RM720k, Mawar Karim dikatakan bakal bankrap 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list