Artikel Terkini

Diganggu ‘makhluk halus’ rumah sewa misteri

Diganggu ‘makhluk halus’ rumah sewa misteri
Diganggu 'makhluk halus' rumah sewa misteri 1

PETALING JAYA – Terdengar orang bertukang seawal pukul 3 pagi, ternampak lembaga perempuan melintas di dalam rumah selain terhidu bau harum yang sangat kuat.

Itu antara kisah seram dilalui seorang penyewa yang menyewa sebuah rumah difahamkan di Kuantan, Pahang yang berdepan pengalaman tersebut.

Berdasarkan kisah dikongsikan menerusi Twitter Isu Semasa Viral, penyewa tersebut menceritakan pada asalnya dia menyewa rumah itu bersama seorang lagi individu, namun akhirnya dia tinggal seorang diri.

“Saya duduk di bilik tengah. Faham-fahamlah kalau bilik tengah, panasnya tak payah cerita. Jadi saya tidur di ruang tamu. Masa inilah saya tahu rumah ini di laluan angin.

“Satu malam dalam pukul 3 pagi, pergi ke tandas. Tiba-tiba terdengar orang bertukang di kawasan belakang rumah. Pergi jenguk, tak ada orang. Jiran kiri kanan dah tidur (rumah teres).

“Dalam dua tiga langkah nak ke depan (ruang tamu), bunyi lagi. Saya jenguk lagi, tak ada. Buka pintu belakang, tengok lagi. Kot-kot ada yang bertukang. Gelap gelita, semua dah tidur,” ujarnya.

Meneruskan ceritanya, secara tiba-tiba dia terdengar bunyi orang bertukang dari atas kepala, namun dia tidak memandangnya.

Dia kemudian terus masuk ke rumah dan berwuduk serta membaca surah tiga Qul dan ayat Kursi seterusnya tidur.

Peristiwa lain turut dialaminya apabila terbau wangian harum selain ternampak seorang wanita sedang berjalan di dalam rumah sewanya.

“Ada satu malam panas. Saya tidur di ruang tamu. Jadi saya buka pintu depan (rumah pintu jeriji), memang sejuklah. Angin dari belakang masuk dan keluar ke pintu depan. Depan rumah saya padang bola. Lepas padang bola itu paya.

“Malam itu ketika sedang tidur, bau wangi sangat-sangat. Saya buka mata, nampak ada perempuan sedang jalan dari dapur menuju ke pintu depan.

See also  Rahsia Ibu Bapa – 4 Langkah Penting Selepas Kedatangan Si Kecil

“Saya pejamkan mata balik. Tiba-tiba terasa ada macam orang main kain atas badan saya. Dua tiga malam juga, tapi ‘benda’ itu tak pernah nak bunyi mengilai. Cuma bau wangi dan suka geletek saya,” katanya.

Bagaimanapun, dia menceritakan pernah merasai badannya seperti dicengkam harimau, namun tidak terlalu kuat.

“Macam yang kucing-kucing buat. Tahu dia harimau kerana tapak kaki dia rasa besar macam pinggan lauk. Sesekali, ada rasa hembusan nafas pada muka, siap rasa misai dia,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Diganggu 'makhluk halus' rumah sewa misteri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo