Artikel Terkini

Dikecam sampai nama trending, Mia Sara tiada niat buat ramai keliru

Dikecam sampai nama trending, Mia Sara tiada niat buat ramai keliru
Dikecam sampai nama trending, Mia Sara tiada niat buat ramai keliru 1

Pelakon Mia Sara Nasuha meluahkan rasa kesal apabila satu ciapannya mengundang kecaman dan perdebatan warganet sehingga trending di laman Twitter.

Memetik laporan Harian Metro, ciapan tersebut menyatakan dia letih apabila sering disamakan dengan gadis lain yang mengenakan selendang hitam dan ‘eyeliner’ terutama di aplikasi TikTok.

Justeru, timbul salah faham dalam kalangan segelintir netizen sekali gus menuduh pelakon berusia 16 tahun itu seolah-olah ‘perasan’ kononnya gadis lain cuba meniru penampilannya.

Bagaimanapun, pelakon drama Strawberi & Karipap itu menjelaskan, dia mengakui cara penulisannya agak mengelirukan malah hanya berniat bagi menyampaikan mesej positif.

“Silap saya, inti utama saya nak cakap di sini adalah tak semestinya dia pakai ‘shawl’ dan ‘eyeliner’, dia nampak macam saya. Pada asasnya, saya mahu orang lihat gadis-gadis cantik itu sebagai diri mereka sendiri.
“Saya mohon maaf atas salah tafsir berlaku. Komen ‘cantiknya macam Mia Sara’ kedengaran salah pada saya. Dia nampak macam diri sendiri dan cantik dengan tersendiri.
“Ciapan saya ditujukan kepada bahagian komen dan bukan kepada gadis terbabit. Saya sudah jelaskan dan tak salahkan mereka sebab salah faham. Sebab cara saya tulis pun memang salah,” katanya.

Tambah Mia, dia mahu menekankan bahawa golongan wanita mempunyai kecantikan tersendiri selain tidak perlu disamakan dengan orang lain.

Sumber: Harian Metro , Twitter & Instagram Mia Sara Nasuha


Dikecam sampai nama trending, Mia Sara tiada niat buat ramai keliru 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list