Infotainment

“Dosa Paling Dahsyat Saya Patahkan Hati Ibu Bapa Saya”

“Dosa Paling Dahsyat Saya Patahkan Hati Ibu Bapa Saya”
“Dosa Paling Dahsyat Saya Patahkan Hati Ibu Bapa Saya” 1

Muncul di Konsert Patah Hati di Kuala Lumpur semalam, penyanyi Noh Salleh menyifatkan tema konsert berkenaan berkait rapat dengan kisah hidupnya.

Memetik Harian Metro, menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 semalam, Noh berkata persembahannya pada malam tadi cukup istimewa apabila dihadiri ibu bapanya.

BACA: Disuruh Buat Ujian Air Kencing, Pengurus Yakin Noh Salleh ‘Bersih’

“Kisah hidup saya sama seperti tema konsert ini…. Patah Hati. Sempena ulang tahun saya yang ke-38 ini saya tahu saya bukan anak yang baik. Saya banyak mengecewakan mereka.

“Dalam jutaan orang yang saya patahkan hati, saya akui ada tersalah cakap sepanjang menjadi seorang seniman. Antaranya kepada peminat, wartawan dan bekas teman wanita, tapi saya rasa dosa yang paling dahsyat adalah bila saya patahkan hati kedua ibu bapa saya.

“Tolong maafkan segala dosa saya yang cuba harungi di dunia yang penuh kejam ini. Di hadapan peminat ini tolong maafkan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata dia tidak sangka Konsert Patah Hati itu mendapat sambutan luar biasa apatah lagi diadakan pada hadi biasa.

“Nak menjual tiket memerlukan usaha yang sangat tak masuk akal. Bila lihat kehadiran anda semua di sini buat saya fikir penganjur ini hebat.

“Ini hari Rabu bukan hujung minggu, jadi ini menunjukkan bahawa industri muzik Malaysia sihat dan artis Malaysia sudah tahap Blackpink,” katanya.

Semalam, Noh mendendangkan beberapa buah lagu popularnya seperti Angin Kencang, Sang Penikam, Bila Aku Sudah Tiada, Kotak Hati dan Aku Skandal.


“Dosa Paling Dahsyat Saya Patahkan Hati Ibu Bapa Saya” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah

See also  Berang Dipanggil Pakcik, “Baby” Mengamuk Di Restoran Kena Denda RM300 Di Mahkamah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo