Artikel Terkini

Dua beradik maut, motosikal dirempuh kereta terbabas

Dua beradik maut, motosikal dirempuh kereta terbabas
Dua beradik maut, motosikal dirempuh kereta terbabas 1

PASIR PUTEH – Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer 37.5, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu (Jalan Pintasan Pasir Puteh) di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam tadi, kedua-dua wanita berusia 23 dan 29 tahun yang menaiki motosikal jenis Yamaha Ego Solariz meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang wanita berusia 23 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Gong Kulim ke Telosan di sini.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut yang berada di laluan Kota Bharu ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan kereta terbabit merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa sehingga mereka tercampak dan melambung ke bahu jalan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Zaizul Rizal, siasatan mendapati, pemandu kereta terbabit bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik pergigian.

Katanya, berdasarkan siasatan lanjut, nahas dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang hilang kawalan sehingga memasuki laluan bertentangan. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

Dua beradik maut, motosikal dirempuh kereta terbabas 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo