Artikel Terkini

Fasha Sandha ke malam anugerah, berkaca mata hitam

Fasha Sandha ke malam anugerah, berkaca mata hitam
Fasha Sandha ke malam anugerah, berkaca mata hitam 1

PUTRAJAYA – Meskipun mengalami kecederaan pada bahagian mata, pelakon Fasha Sandha membuktikan dirinya seorang pelaku seni yang sangat komited apabila muncul dalam acara Tonton Anugerah Drama Sangat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Fasha menuai perhatian apabila hadir dengan memakai kaca mata hitam ditemani oleh adik perempuannya yang juga seorang pelakon Elisya Sandha.

Fasha ketika ditemui Kosmo! Online memberitahu kecederaan mata kiri yang dialaminya sudah beransur pulih namun tetap perlu menjalani pembedahan untuk rawatan susulan.

“Dari luaran bengkak semakin okey tetapi dalaman masih sakit kerana tulang patah dan ada darah beku.

“Mungkin kena jalani pembedahan tetapi tunggu masa sesuai. Sebelum ini tak boleh lakukan pembedahan sebab perlu tunggu bengkak surut,” kata pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan itu.

Pertama kali membuat kemunculan umum selepas insiden di lokasi penggambaran, bintang filem Anak Halal mengakui masih kurang selesa dan penglibatannya kabur susulan kecederaan.

“Memang tak selesa. Mata boleh nampak tetapi penglihatan tak begitu jelas.

“Sakit mata ini akan berkait dengan kepala. Memang sakit kepala,” ujarnya.

Ditanya tentang penggambaran yang masih berbaki, semuanya tergantung mengikut nasihat doktor.

“Saya perlu dapatkan keizinan daripada doktor sama ada boleh meneruskan penggambaran atau tidak,” katanya lagi.

Menerusi Anugerah Drama Sangat, Fasha tercalon dalam dua kategori iaitu Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Antagonis Terbaik.

Kosmo! pada 2 Mac lalu melaporkan Fasha mengalami kecederaan pada mata kirinya selepas terhentak pada bucu katil sewaktu menjalani penggambaran drama berjudul Anak Tuan arahan Along Kamaludin.

Disebabkan kemalangan tersebut, Fasha, 39, mengalami patah tulang bahagian mata kiri selain pendarahan bebola mata, dan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

See also  Cop faces 98 charges of accepting bribes

 

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

Fasha Sandha ke malam anugerah, berkaca mata hitam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo