Artikel Terkini

Gadis Kampus: Penganalisis data kerjaya impian Mariam

Gadis Kampus: Penganalisis data kerjaya impian Mariam
Gadis Kampus: Penganalisis data kerjaya impian Mariam 1

SETIAP insan pasti mempunyai cita-cita dan impian yang mahu dicapai dalam kehidupan.

Dalam mencapai cita-cita tersebut, apa yang penting adalah mengambil tindakan untuk merealisasikannya.

Bagi Mariam Masuan, 21, dia memiliki cita-cita untuk membina kerjaya sebagai seorang data saintis atau data analisis.

Oleh demikian, bagi membolehkannya mendapat ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut, dia memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sains Komputer di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Sebenarnya, sejak di bangku sekolah saya telah berminat dengan hal berkaitan teknologi terutamanya komputer.

“Ketika itu, saya juga banyak menerokai perkara berkaitan komputer. Setelah berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading, saya memilih untuk mengambil jurusan Sains Komputer,” katanya yang berasal dari Kluang, Johor.

Tambahnya, teknologi sentiasa bergerak dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.

Jelasnya, ini menyebabkan peluang pekerjaan dalam bidang tersebut juga semakin bertambah.

Dalam pada itu, Mariam menjelaskan, dia kini berada di tahun ketiga dengan memilih pengkhususan berkaitan data sains.

Katanya, bagi pengkhususan tersebut, dia mempelajari banyak perkara tentang algoritma dan ‘bermain’ dengan data.

“Dalam bidang ini, kita akan menganalisis data yang diperoleh bagi membuat jangkakan dimahukan.

“Saya amat berminat dengan kerja-kerja sebegini.

“Peluang pekerjaan dalam bidang data sains ini juga sangat terbuka luas,” jelasnya.

PHOTO 2023 03 01 14 48 18sss
MARIAM (tiga dari kiri) merupakan salah seorang wakil MPP di UKM.

Sebolehnya Mariam ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang tersebut.

Bagaimanapun, setelah tamat pengajian kelak, dia memilih untuk bekerja bagi mencari pengalaman dalam alam pekerjaan terlebih dahulu.

Tambahnya, jika ada rezeki, dia tidak menolak kemungkinan untuk menyambung pengajian.

Berbicara mengenai faktor memilih UKM sebagai universiti pilihan bagi melanjutkan pelajaran, Mariam menjelaskan, dia selesa berada di situ.

See also  Makcik Kemboja Kata Melayu Pemalas?

Jelasnya, sejak usia 13 tahun, dia telah menjejakkan kaki di universiti tersebut untuk belajar.

“Ketika berusia 13 tahun, saya telah mendapat peluang belajar di Kolej [email protected] Negara di UKM.

“Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, saya mengikuti program ASASIpintar di universiti sama,” terangnya.

Dalam pada itu, Mariam juga merupakan seorang mahasiswa yang aktif di kampus.

Dia merupakan sebahagian daripada Majlis Perwakilan Pelajar di UKM.

Malah, dia menjawat jawatan sebagai Bendahari Kehormat.

Setelah memegang portfolio itu, dia berjaya melaksanakan pengurusan kewangan yang lebih efisien dan telus.

“Menyertai MPP memberi banyak manfaat kepada saya apabila membolehkan saya belajar untuk memimpin.

“Sebagai salah seorang MPP, saya mahu membawa perubahan dengan para pelajar di kampus dapat mengenali pemimpin secara lebih dekat dan tiada jurang antara kami,” jelasnya.

Mariam juga mendapat pengalaman berharga dalam perjalanannya untuk menjadi MPP.

Dia pernah tewas dalam pilihan raya kampus ketika bertanding kerusi fakulti.

Bagaimanapun, kekalahan itu tidak melunturkan semangatnya untuk bertanding di kerusi umum dan akhirnya meraih kemenangan.

Hal itu membolehkannya memahami betapa pentingnya seseorang itu bersedia dan membaiki diri sebelum menyertai sesuatu pemilihan.

Sementara itu, Mariam aktif mewakili universiti dalam beberapa pertandingan di luar kampus.

Dia mewakili UKM untuk Axiata Digital Leaders Programme for Girls yang disertai oleh mahasiswa daripada universiti terkemuka lain di seluruh negara.

Dalam program tersebut, peserta perlu membangunkan satu projek siber sekuriti dan Mariam berjaya mendapat anugerah Top 20 Performer Award.

Mariam juga mendapat tempat melakukan latihan praktikal di Axiata kelak.

Bukan itu sahaja, kecemerlangan dalam bidang akademik juga membolehkannya mendapat biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

See also  Kuih Peneram Tradisi. Hanya 5 Bahan & Sukatan Guna Cawan Je

“Biasiswa ini merupakan satu cabaran besar buat saya. Ini kerana saya perlu memastikan keputusan peperiksaan sentiasa baik.

“Alhamdulillah, biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti dan program lain, namun saya masih mempunyai masa untuk pelajaran,” katanya.

Sebelum menutup bicara, Mariam amat berterima kasih kepada keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepadanya untuk sampai ke tahap tersebut.


Gadis Kampus: Penganalisis data kerjaya impian Mariam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo