Artikel Terkini

Gaduh di lobi mahkamah, peguam & jurukamera sambilan buat laporan polis

Gaduh di lobi mahkamah, peguam & jurukamera sambilan buat laporan polis
Gaduh di lobi mahkamah, peguam & jurukamera sambilan buat laporan polis 1

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu insiden melibatkan peguam kepada suspek kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan bergaduh dengan seorang jurukamera sambilan.

Video tersebut telah dikongsikan di media sosial dan mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.

Sehubungan dengan kejadian tersebut, pihak polis Shah Alam telah mengesahkan menerima laporan daripada jurugambar dan peguam terbabit berkenaan pergaduhan yang berlaku di lobi bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi semalam.

Menerusi laporan dari Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan hasil siasatan awal polis mendapati pergaduhan itu membabitkan seorang jurugambar sambilan sebuah akhbar tempatan berusia 34 tahun dengan seorang peguam berumur 50 tahun.

“Kejadian berpunca apabila keadaan sesak berlaku di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam semasa pasukan peguam sedang menuju ke kamar mahkamah, manakala petugas media sedang membuat liputan bagi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan,”katanya.

 

Gaduh di lobi mahkamah, peguam & jurukamera sambilan buat laporan polis 2

Walau bagaimanapun, kedua-dua lelaki tersebut tidak mengalami kecederaan serius dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam.

Peguam tersebut difahamkan mengalami sedikit luka kecil di bahagian dahi manakala jurukamera tersebut cedera ringan di leher serta lengan.

Gaduh di lobi mahkamah, peguam & jurukamera sambilan buat laporan polis 3

Mohd Iqbal menambah yang kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Oleh itu, jika orang ramai ada sebarang maklumat berkaitan kes terbabit, kenyataan mereka boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhamad Ridzuan Ibrahim di talian 013-3050856.

Sumber: Twitter Malaysia Most Virall, Bernama 


Gaduh di lobi mahkamah, peguam & jurukamera sambilan buat laporan polis 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list