Infotainment

Gara-Gara Konten ‘Prank’, Influencer Rusia Ini Mungkin Dihantar Ke Penjara Gulag

Gara-Gara Konten ‘Prank’, Influencer Rusia Ini Mungkin Dihantar Ke Penjara Gulag
Gara-Gara Konten 'Prank', Influencer Rusia Ini Mungkin Dihantar Ke Penjara Gulag 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Di Malaysia, influencer media sosial sangat bernasib baik kerana ‘bebas’ untuk membuat konten-konten prank mengenakan orang awam. Setelah dikecam teruk oleh netizen, cukup dengan memuat naik satu video permohonan maaf dan mereka boleh move on untuk terus ‘membuat wang’ dengan konten yang seterusnya.

Namun perkara ini tidak terjadi di Rusia apabila beberapa orang influencer dikenakan hukuman penjara lebih 3 tahun selepas membuat konten prank terhadap seorang pemandu teksi premium.

Kejadian prank tersebut dibuat pada bulan Mac lalu, di mana ketiga-tiga influencer itu telah menghubungi teksi premium untuk mengambil mereka. Selepas itu, mereka meminta pemandu tersebut membuka bonet belakang kereta tersebut.

Semasa pemandu teksi berada di bahagian bonet, salah seorang influencer telah mengambil alih tempat pemandu lalu membawa lari kereta tersebut sambil dirakam oleh pihak lain yang terlibat sama dalam prank tersebut.

Walaupun mereka memulangkan semula kereta tersebut, namun pemandu teksi itu telah pun membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit. Hasil daripada operasi pencarian, pihak polis berjaya menahan suspek di jalan Marshal Zhukov pada hari yang sama kejadian prank itu berlaku.

Setelah soal-siasat dibuat, kesemua influencer itu didapati kerap membuat video prank mengenakan orang awam. Aidyn Tussupov yang mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram merupakan salah seorang yang terlibat dalam pembuatan konten-konten prank tersebut.

“Ramir Khasanov, Aidyn Tussupov and Ersin Dumshebay didapati bersalah melakukan jenayah di bawah Perenggan 2 Perkara 166 Kanun Jenayah Persekutuan Rusia dan mereka dijatuhi hukuman penjara sebenar, selama tempoh tiga tahun enam bulan, dengan menjalani hukuman di koloni keseksaan rejim umum,” petik dari kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Rusia.

Memetik portal MMORPG, ketiga-tiga influencer itu berkemungkinan akan dihantar ke Kem Tahanan Gulag yang terletak 500km dari Moscow. Kem-kem tersebut biasanya terletak di pekan-pekan kecil di kawasan yang sukar untuk diakses.

Kem itu sendiri berkeluasan kira-kira empat hektar, dengan bangunan bata satu tingkat dan dua tingkat. Keadaan bangunan tersebut semakin teruk dan buruk kerana ia telah berusia sekurang-kurangnya 50 tahun.

Bangunan kem itu dapat menempatkan kira-kira 800 tahanan di mana banduan tinggal di dalam berek antara 100 dan 120 orang. Mereka tidur di atas katil dua tingkat di dalam bilik yang asalnya dibina untuk memuatkan hanya 50 hingga 60 orang sahaja.

Lebih memburukkan keadaan lagi, ketiga-tiga influencer tersebut perlu membiasakan diri untuk berkongsi hanya satu tandas dan singki yang disediakan kepada banduan di setiap berek.

Anda boleh baca lagi artikel-artikel mengenai pengguna media sosial yang menerima akibat buruk selepas melakukan konten prank.

Dakwa Sekadar Hiburan, ‘Prank’ Tangkap Basah Kumpulan YouTuber Ini Undang Kerisauan Netizen

‘Prank’ Pelitup Muka Palsu Cetus Kontroversi, YouTuber Ini Bakal Ditendang Keluar Bali

Niat Mahu ‘Prank’ Rakan, Pengguna Jalan Raya Lain Pula Yang Cedera


Gara-Gara Konten 'Prank', Influencer Rusia Ini Mungkin Dihantar Ke Penjara Gulag 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list