Artikel Terkini

Gurau isu ‘minyak masak’, Sharnaaz & Shukri bergambar macam menang piala

Gurau isu ‘minyak masak’, Sharnaaz & Shukri bergambar macam menang piala
Gurau isu 'minyak masak', Sharnaaz & Shukri bergambar macam menang piala 1

Baru-baru ini, tular dakwaan berkenaan seorang pelakon terkenal didakwa memukul seorang penghuni kondominum tempat tinggalnya sehingga dia direman selama 3 hari untuk membantu siasatan.

Walau bagaimanapun, pelakon tersebut, Sharnaaz Ahmad, 37 telah pun dibebaskan semalam kira-kira jam 12 tengahari di Ibu Pejabat Sentul, Kuala Lumpur.

Dia menegaskan tiada sebarang isu panas baran serta akan membuktikan dirinya tidak bersalah dan bakal mengadakan sidang media untuk menceritakan serba sedikit kronologi kejadian tersebut.

Usai dibebaskan, Sharnaaz terus bergegas bertemu anak kesayangannya, Jebat Jayden yang sudah tiga hari tidak ditemui selepas ia direman pihak polis.

Menerusi perkongsian pelakon I promise Janji Anaqi itu, dia memaklumkan dalam keadaan baik dan sangat menyayangi Jebat.

Sharnaaz juga sempat bertemu dengan pelakon yang juga sahabatnya, Shukri Yahaya dan beberapa lagi teman sambil bergurau dengan apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, bapa anak satu itu dilihat santai melayani usikan-usikan tersebut dan tetap bergelak ketawa seperti biasa.

Menerusi Insta Story Sharnaaz dan rakannya yang lain, mereka menjadikan ‘minyak masak’ sebagai gurauan dan sempat menghulurkan barangan dapur itu seperti ‘simbolik’ penyerahan.

 

Umum sedia tahu yang Sharnaaz dan Shukri Yahaya memang akrab memandangkan beberapa lG live mereka bersama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disimpan warganet kerana begitu lucu mendengar perbualan mereka yang merepek.

Di kesempatan itu lagi, pelakon asal Pulau Pinang itu turut memuat naik ucapan penghargaan kepada pihak polis yang bertugas di IPD Sentul kerana banyak memberikan bantuan serta telus dalam menjelaskan tugas.

Gurau isu 'minyak masak', Sharnaaz & Shukri bergambar macam menang piala 2

Semoga urusan pelakon tersebut dalam menghadapi dugaan ketika ini dipermudah dan dakwaan yang sedang dihadapinya dapat dibuktikan tidak benar.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya


Gurau isu 'minyak masak', Sharnaaz & Shukri bergambar macam menang piala 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list