Artikel Terkini

Guru diberi autonomi urus isu sikap, disiplin pelajar sekolah

Guru diberi autonomi urus isu sikap, disiplin pelajar sekolah
Guru diberi autonomi urus isu sikap, disiplin pelajar sekolah 1

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan kini memperkukuhkan Bahagian Kaunseling serta memberi lebih ruang autonomi kepada guru bagi menguruskan isu sikap, disiplin dan perbuatan vandalisme dalam kalangan pelajar sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, langkah tersebut adalah sebagai tindakan intervensi supaya pelajar yang terlibat dapat kembali menjadi individu yang bersikap lebih baik.

Intervensi ini penting, sebab itu di peringkat Kementerian Pendidikan, kami telah perkukuhkan Bahagian Kaunseling termasuk memberikan lebih banyak ruang autonomi kepada guru untuk uruskan hal berkaitan termasuk dalam isu disiplin, vandalisme dan sebagainya.

“Kami memperkasakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk ambil tindakan, ruang lingkup ini juga tidak disensasikan. Anak-anak ini berhadapan isu sikap dan kita harus ambil sikap lindung terlebih dahulu dan kemudian buat intervensi supaya mereka dapat kembali dan dididik menjadi manusia lebih baik.

“Proses ansur maju ini kena berlangsung bukan di kementerian sahaja, perlu sokongan komuniti, ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan yang boleh bersama dengan kami dalam konteks melihat pendidikan karakter anak-anak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia Madani: Peranan Sektor Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek di sini hari ini.

Sementara itu ketika berucap pada majlis itu, Fadhlina berkata, beliau akan begitu kecewa sekiranya pelajar-pelajar meninggalkan sekolah masing-masing kelak tanpa menjadi seorang manusia yang lebih baik.

“Itu yang selalu saya fikirkan bagaimana mereka harus keluar dari sistem pendidikan ini nanti tapi tidak menjadi insan yang lebih baik.

“Pendidikan tidak hanya menggarap persoalan mengenai kemahiran semata-mata tetapi lebih penting berkenaan pembinaan watak. Selepas terjadinya beberapa peristiwa, penting untuk kita melihat kembali ekosistem sekolah yang lebih selamat.

See also  "Sebulan tak balik Malaysia..." - Anna Jobling mula bintangi sinetron Indonesia

“Banyak kes anak-anak kita terlibat kes vandalisme dan sikap yang ditularkan, oleh itu kami di kementerian mengambil pendekatan bahawa bagaimana besar pun salah mereka (pelajar) sentiasa ada ruang untuk kita perbaiki sikap dan adab mereka ini,” katanya lagi. -KOSMO! ONLINE.


Guru diberi autonomi urus isu sikap, disiplin pelajar sekolah 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo