Artikel Terkini

Hadis Pengharaman Darah Orang Islam – Hadis 40

Hadis Pengharaman Darah Orang Islam – Hadis 40
Hadis Pengharaman Darah Orang Islam - Hadis 40 1

Hadis ini merupakan hadis yang ke-14 daripada hadis 40 karangan Imam Nawawi. Hadis ini membincangkan berkenaan pengharaman darah orang Islam. Kandungan hadis ini adalah sangat bernilai dalam bidang hukum jenayah, berhubungan dengan keturunan darah dan agama.

Pada setiap satunya ada hak kehormatan yang mesti dipelihara, sekiranya hak itu dicabul maka menurut ketentuan hukum, orang yang mencabulnya akan dikenakan hukuman yang layak dengannya

عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنِّي رَسُوْلُ اللهِ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ : الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ

[رواه البخاري ومسلم]

Maksudnya: “Dari Ibnu Mas’ud RA dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tidak ada Ilah selain Allah dan bahawa saya (Rasulullah SAW) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab : Orang tua yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadis

Kehormatan Darah Seorang Muslim

Sesungguhnya sesiapa yang bersyahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah, kemudian dia memperakui kewujudan dan keesaan Allah, dia membenarkan kenabian Rasul terakhir Muhammad SAW, maka darahnya terpelihara, nyawa dan kehidupannya terjaga.

Tiada seorang termasuk dirinya sendiri harus dan halal untuk menumpahkan darah dan membunuhnya. Pemeliharaan ini kekal seiring dengan statusnya sebagai seorang muslim. Melainkan jika dia melakukan salah satu daripada tiga jenayah besar iaitu:

  • Membunuh dengan sengaja.
  • Berzina selepas ihshon, iaitu selepas berkahwin.   
  • Murtad.

Perkara Yang Menghalalkan Hukuman Bunuh

1. Janda yang Berzina dan Hukumannya.

Maksud janda yang berzina ialah seorang lelaki atau perempuan yang sudah pernah berkahwin dan bercampur, kemudian ia melakukan zina, hukuman terhadapnya ialah direjam dengan batu yang sederhana sampai mati. Hal ini kerana dia telah mencabul maruah pihak lain.

Dia juga melakukan perbuatan keji zina, setelah Allah memberinya nikmat hubungan pernikahan yang halal, kemudian dia menukar nikmat yang baik tersebut kepada perbuatan yang keji. Dia juga melakukan jenayah kemanusiaan dengan mencampur baurkan keturunan dan merosakkan zuriat. Bahkan dia mengingkari larangan Allah SWT, firman Allah dalam Surah al-Isra’: 32

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

2. Jiwa dengan Jiwa

Ijma’ Ulama’ Islam mengatakan bahawa sesiapa yang membunuh seorang muslim dengan sengaja dia berhak untuk dijatuhkan hukuman qisas iaitu bunuh balas. Allah telah berfirman dalam surah al-Maidah : 45

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيْهَآ اَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ

Maksudnya: “Kami telah menetapkan bagi mereka di dalamnya bahwa nyawa (dibalas) dengan nyawa”

Hukuman qisas ini ditetapkan agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah: 179

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

Maksudnya: “Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.”

Seorang mukallaf dihukum bunuh apabila dia melakukan pembunuhan dengan sengaja tanpa hak, sama ada pembunuh atau yang dibunuh itu lelaki atau wanita. Hukuman ini dijalankan demi menjamin keamanan dan keselamatan hidup manusia lain. Bunuh balas adalah memberi pengajaran yang berkesan kepada siapa saja yang berani melakukan perbuatan tersebut. Hukuman qisas ini akan gugur dan batal melalui pengampunan oleh wali mangsa yang dibunuh. Firman Allah dalam surah al-Baqarah: 178

فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَان

Maksudnya: “Tetapi barangsiapa memperoleh maaf dari saudaranya, hendaklah dia mengikutinya dengan baik, dan membayar diat (tebusan) kepadanya dengan baik (pula).”

3. Keluar dari Agama Islam

Orang yang meninggalkan agama Islam dengan memeluk agama lain atau dinamakan “murtad”. Terjadinya murtad, antaranya ialah dengan sebab i’tiqad saperti ingkar rukun islam yang telah diwajibkan, menghalalkan benda yang diharamkan Allah dan RasulNya dan menghina al-Quran.

Orang murtad adalah orang kafir, tetapi dia masih diberi peluang untuk kembali lagi kepada agama Islam. Jika peluang ini tidak digunakan, sedangkan dia masih tetap dalam kekufurannya, maka wajiblah dijalankan hukuman ke atasnya iaitu dibunuh. Dosa orang murtad adalah sabit (tetap) dengan nas al-quran manakala hukumannya adalah sabit(tetap) dengan hadis dan ijma’ para sahabat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

‏‏ مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوه

Maksudnya: “Barang siapa menukarkan agamanya, maka bunuhlah dia.”           

4. Meninggalkan Sembahyang

Ijmak muslimin mengatakan bahawa sesiapa yang meninggalkan sembahyang kerana menolak kefarduannya, dia menjadi kafir dan murtad. Hukuman murtad hendaklah dilakukan ke atasnya. Manakala jika dia meninggalkan kerana malas sedangkan dia mengiktiraf kefarduannya, ulama berselisih pandangan tentang masalah ini

  1. Jumhur ulama berkata dia hendaklah diberi peluang bertaubat. Jika dia enggan bertaubat dia hendaklah dihukum bunuh di bawah peruntukan hudud bukannya hukuman kerana kafir.
  2. Imam Ahmad dan beberapa fuqaha’ mazhab Maliki berpandangan dia dihukum bunuh kerana kafir.
  3. Mazhab Hanafi berpandangan dia hendaklah dipenjara sehingga dia sembahyang atau dia meninggal dunia dalam penjara. Hukuman hendaklah disertakan dengan hukuman ta’zir seperti dipukul atau lain-lain bentuk hukuman.

Firman Allah dalam surah at-Taubah: 11

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ ۗ

Maksudnya: “Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama.”

Sabda Rasulullah SAW:

بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة) رواه مسلم)

Maksudnya: “Penghubung antara seorang dengan syirik dan kufur adalah meninggalkan sembahyang.”

Kesimpulan

Agama Islam menjamin keselamatan dan kemerdekaan peribadi setiap orang serta memelihara kesucian dan kehormatannya. Pencabulan seorang terhadap hak orang lain dikira sebagai kesalahan yang besar dan dihalalkan darahnya.

Tiga perkara iaitu zina, membunuh dan murtad yang menyebabkan darah seorang menjadi halal dan jiwanya boleh dilenyapkan, memandangkan mudharat yang timbul daripadanya sangat besar. Tiga perkara tersebut jika berlaku tanpa ada hukuman, masyarakat akan kacau bilau dan porak peranda.

Hadis Pengharaman Darah Orang Islam - Hadis 40 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list