Infotainment

Hanya Mampu ‘Cuci Mata’ Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – ‘Ya Allah, Cita-Cita Abah’

Hanya Mampu ‘Cuci Mata’ Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – ‘Ya Allah, Cita-Cita Abah’
Hanya Mampu 'Cuci Mata' Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – 'Ya Allah, Cita-Cita Abah' 1
November 24th, 2021 | by Shira

Kini Trending

Hanya Mampu 'Cuci Mata' Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – 'Ya Allah, Cita-Cita Abah' 2

Tak dinafikan, kasih sayang yang dicurahkan insan bergelar ibu bapa terhadap anak-anak memang tiada tolok bandingnya. Bahkan mereka juga lah merupakan insan yang banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi membesarkan anak-anak. Kadangkala mereka sanggup melupakan hasrat atau keinginan sendiri semata-mata kerana mahu memastikan segala kelengkapan anak-anak mencukupi.

Hanya Mampu 'Cuci Mata' Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – 'Ya Allah, Cita-Cita Abah' 4

Baru-baru ini viral satu video di TikTok memperlihatkan tindakan seorang anak membuat kejutan terhadap bapanya dengan membeli jam tangan idaman insan kesayangannya itu. Menurut pemuda ini, bapanya sudah lama berkenan dengan jam tangan tersebut malah sudah menjadi satu kelaziman buat bapanya untuk singgah di kedai jam tangan terbabit setiap kali apabila pergi ke bandar Alor Setar. Namun, bapanya sering memaklumkan hanya mampu ‘mencuci mata’ sahaja memandangkan dia tidak mampu memilikinya kerana harga jam tersebut agak mahal.

Tapi hari ini, saya hadiahkan jam yang dia nak tu. Sebak pula bila tengok reaksi dia.

Saat pemuda ini menghulurkan kotak berisi seutas jam itu, si bapa kelihatan terkesima dan seakan tidak percaya bahawa di hadapan matanya adalah jam idamannya selama ini. Malah dia berkali-kali bertanya adakah benar jam itu diberikan kepadanya. Tidak lama selepas itu, si bapa yang tidak dapat menahan sebak telah mengalirkan air mata kegembiraan. Dia juga sempat berkata, jam tersebut merupakan cita-citanya.

Untuk siapa ni? Siapa beli? Ya Allah, cita-cita abah. Betul ke ni bagi dekat abah? Betul ke hampa beli dekat abah? Terima kasih. Memang cita-cita abah tapi abah kata tak apa sampai bila pun abah tak boleh pakai dah.

Hanya Mampu 'Cuci Mata' Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – 'Ya Allah, Cita-Cita Abah' 6 Hanya Mampu 'Cuci Mata' Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – 'Ya Allah, Cita-Cita Abah' 8 Hanya Mampu 'Cuci Mata' Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – 'Ya Allah, Cita-Cita Abah' 10 Hanya Mampu 'Cuci Mata' Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – 'Ya Allah, Cita-Cita Abah' 12 Hanya Mampu 'Cuci Mata' Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – 'Ya Allah, Cita-Cita Abah' 14 Hanya Mampu 'Cuci Mata' Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – 'Ya Allah, Cita-Cita Abah' 16

Video yang dikongsikan Naem Zaimi telah mendapat hampir 1.9 juta tontonan. Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sebak selepas melihat reaksi lelaki ini. Malah tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa rindu terhadap bapa masing-masing.

Sumber: Naem Zaimi


Hanya Mampu 'Cuci Mata' Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – 'Ya Allah, Cita-Cita Abah' 18


Hanya Mampu 'Cuci Mata' Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – 'Ya Allah, Cita-Cita Abah' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list