Artikel Terkini

Harga runcit ayam standard dikurangkan 20 sen

Harga runcit ayam standard dikurangkan 20 sen
Harga runcit ayam standard dikurangkan 20 sen 1

Harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 sekarang kepada RM8.90, manakala harga telur ayam semua gred kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.

Pelaksanaan kedua-dua harga ini bermula 5 Februari sehingga 5 Jun 2022.

Kenyataan itu dikeluarkan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaacob, selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan untuk membincangkan isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.

Harga runcit ayam standard dikurangkan 20 sen 2

Tindakan proaktif perlu dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memastikan harga kekal berpatutan, namun dalam masa sama industri penternakan ayam tidak terjejas dan sekali gus dapat memastikan bekalan kekal stabil.

Sebanyak empat kertas telah dibentangkan oleh KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat ini.

Mesyuarat khas itu turut dihadiri Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Antara keputusan lain dibuat adalah kerajaan akan memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal seperti SHMKM. 

Perincian subsidi ini akan dilakukan oleh Pasukan Khas Mengenai Kos Sara Hidup Negara yang akan diketuai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta beberapa kementerian, wakil syarikat berkaitan GLC dan persatuan pengguna sehingga harga kembali stabil.

Permit import ayam bulat dibuka kepada semua pemegang AP bagi mengimport ayam, berbanding sebelum ini mereka hanya dibenarkan mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain. 

Mesyuarat itu juga bersetuju AP mengimport ayam dibuka kepada pengusaha pasar raya besar (hypermarket).

Mesyuarat mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.

Pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang melibatkan 222 Parlimen perlu dilaksanakan secara maksimum dengan kerjasama bersepadu melibatkan kementerian terbabit bagi membantu Keluarga Malaysia mendapatkan barangan asas pada harga lebih murah.

Pelaksanaan Kedai Harga Patut perlu diaktifkan semula di seluruh negara serta menambah kekerapan operasi pasar tani di setiap satu kawasan.

Mesyuarat turut meminta Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam.

Harga runcit ayam standard dikurangkan 20 sen 3

Permohonan pengambilan pekerja asing daripada Bangladesh telah dibuka secara berperingkat mulai 28 Januari 2022.

Koperasi yang terlibat dalam industri pertanian akan turut dilibatkan untuk menawarkan barangan asas tanpa melibatkan orang tengah untuk mengawal harga.

Fokus kepada penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan tekanan kenaikan harga turut dipertekankan dalam mesyuarat itu. 

Langkah-langkah jangka panjang turut dibincangkan antaranya ialah menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh MARDI untuk menjadikan isi rong kelapa sawit bagi menggantikan jagung dan soya sebagai makanan ayam.

Selain itu, cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk memanjangkan tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara (TOL) bagi aktiviti pertanian.

Jaminan bekalan makanan bukan hanya mencukupi tetapi kemampuan Keluarga Malaysia untuk membeli.

Pelan tindakan jangka panjang ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat NACCOL akan datang.


Harga runcit ayam standard dikurangkan 20 sen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list