Artikel Terkini

Hukum Jika Bercakap Ketika Azan Berkumandang, Lidah Kelu Saat Sakaratul Maut? — MYKMU.NET

Hukum Jika Bercakap Ketika Azan Berkumandang, Lidah Kelu Saat Sakaratul Maut? — MYKMU.NET
Hukum Jika Bercakap Ketika Azan Berkumandang, Lidah Kelu Saat Sakaratul Maut? — MYKMU.NET 1

Hukum Jika Bercakap Ketika Azan Berkumandang, Lidah Kelu Saat Sakaratul Maut? — MYKMU.NET

Hukum Jika Bercakap Ketika Azan Berkumandang, Lidah Kelu Saat Sakaratul Maut?

SETIAP kali azan berkumandang pasti kita diminta untuk berhenti bercakap selain memperlahankan suara televisyen atau radio sebagai menghormati pemberitahuan masuk waktu solat fardu serta menyeru umat Islam menunaikan solat.

Tetapi ada juga mengatakan terdapat sebuah hadis menyebut bahawa jika seseorang bercakap-cakap ketika azan, lidahnya akan menjadi kelu malah lidah akan jadi berat untuk melafazkan kalimah tauhid ketika sedang nazak.

Hukum Jika Bercakap Ketika Azan Berkumandang, Lidah Kelu Saat Sakaratul Maut? — MYKMU.NET 3

 

Sejauh mana kebenaran tentang hadis yang diperkatakan ini?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan tiada kebenaran tentang hal tersebut dan tidak boleh disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW kerana ia merupakan satu pendustaan atas nama Baginda.

Hukum Jika Bercakap Ketika Azan Berkumandang, Lidah Kelu Saat Sakaratul Maut? — MYKMU.NET 4

Tidak salah bercakap ketika azan tetapi diam sekiranya ia mengganggu, lebih baik berhenti berbual.

Jelas Zulkifli, walaupun bercakap ketika azan dibolehkan dan ia tidak menjadi satu kesalahan, namun jika percakapan itu boleh menyibukkan atau mengganggu seseorang itu dalam menjawab laungan muazzin, maka meninggalkannya adalah lebih utama kerana menjawab azan adalah sunnah.

Di dalam al-Muwatha’, Imam Malik meriwayatkan sebuah athar daripada Tha’labah, beliau berkata: Maksudnya: Mereka menunaikan solat Jumaat di zaman Umar bin al-Khattab sehingga Umar keluar. Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka azan dilaungkan oleh muazzin. Telah berkata Tha’labah: Kami duduk dan bercakap.

Apabila muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap. Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam menghentikan solat dan khutbah imam menghentikan percakapan.

Berdasarkan athar di atas, Zulkifli berkata, jelas menunjukkan bahawa para sahabat RA bercakap ketika azan sedang dilaungkan. Jika benar sebagaimana yang didakwa, maka para sahabat adalah orang yang pertama akan meninggalkan hal tersebut.

Hukum Jika Bercakap Ketika Azan Berkumandang, Lidah Kelu Saat Sakaratul Maut? — MYKMU.NET 5

Memohon kepada Allah wasilah dan berdoa kepada-Nya selepas selesai azan dengan jarak yang tidak lama.

Antara sunnah bagi orang yang mendengar azan adalah:

1. Diam ketika mendengar azan dan menjawabnya sama ada dalam keadaan bersih atau berhadas, junub atau haid, besar atau mumayyiz. Kemudian perlu menjawab apa yang diucapkan oleh muazzin kecuali pada lafaz (حي على الصلاة) dan (حي على الفلاح).

2. Selawat kepada Nabi SAW dengan suara yang perlahan, kemudian memohon kepada Allah wasilah dan berdoa kepada-Nya selepas selesai azan dengan jarak yang tidak lama.

3. Berdoa untuk diri sendiri kerana waktu tersebut adalah waktu yang mulia, berkat dan mustajab. Disunatkan berdoa selepas azan dan sebelum iqamah.

Hukum Jika Bercakap Ketika Azan Berkumandang, Lidah Kelu Saat Sakaratul Maut?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Hukum Jika Bercakap Ketika Azan Berkumandang, Lidah Kelu Saat Sakaratul Maut? — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list