Artikel Terkini

Hukum Mandi Wajib Lepas Sahur. Puasa Sah tak?

Hukum Mandi Wajib Lepas Sahur. Puasa Sah tak?
Hukum Mandi Wajib Lepas Sahur. Puasa Sah tak? 1

Apakah hukum jika seseorang itu mandi wajib lepas sahur? Adakah puasanya akan diterima sah atau tidak? Artikel ini akan membincangkan perkara ini.

Mandi Wajib

Mandi Wajib atau Mandi Junub merupakan mandi bertujuan untuk mengangkat hadas besar. Macam mana boleh terjadinya hadas besar pada badan kita? Contohnya seperti berikut:

  1. Bersetubuh
  2. Keluar air mani
  3. Nifas
  4. Wiladah
  5. Haid
  6. Mati selain mati syahid

Bila berlakunya hal-hal seperti ini, perlulah kita melakukan Mandi Wajib. Kita berhadas besar ketika kelima-lima hal ini terjadi pada kita. Bila kita bersetubuh, maka kita telah berhadas besar. Wajiblah kita Mandi Wajib. Kalau kita tidak Mandi Wajib, solat kita tidak sah. Kita tidak boleh solat sehinggalah kita Mandi Wajib.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Tsumamah Bin Atsal RA baru masuk Islam maka Rasulullah bersabda, “Bawalah ia ke salah satu dinding bani fulan, dan perintahkan ia untuk mandi.” (Riwayat Ahmad)

Ini merupakan salah satu dalil kenapa kena mandi wajib. Ada seorang sahabat masuk Islam lalu Rasulullah perintahkan beliau untuk mandi wajib. Hal ini kerana kita tidak tahu apa yang beliau lakukan sebelum masuk Islam. Mungkin beliau telah banyak berhadas besar sebelum percaya kepada Islam. Sebab itulah Rasulullah perintahkan beliau untuk Mandi Wajib.

Sahur

Sahur ini maksudnya makan pada hujung waktu malam. Dalam Mazhab Syafie, waktu sahur itu bermula dari pertengahan malam.

Daripada Anas Bin Malik RA, Rasulullah bersabda, “Bersahurlah kamu. Kerana makan (pada waktu sahur) itu mengandungi keberkatan.” (Riwayat Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan makan pada waktu sahur itu merupakan sunnah bagi kita. Sahur ini sinonim dengan puasa, kerana memang ia sunnah diamalkan bagi yang berpuasa sahaja. Sebelum kita hendak berpuasa, sunat bagi kita bersahur terlebih dahulu. Selain daripada manfaat mengamalkan sunnah, ia juga memberi tenaga kepada kita untuk menghadapi puasa pada hari berkenaan.

Berjimak ketika sedang berpuasa

Berjimak ketika berpuasa itu hukumnya batal puasa. Bagi suami, perlu membuat kaffarah (denda) manakala isteri tidak perlu. Isteri kena ganti puasa sahaja. Daripada Abu Hurairah RA, katanya:

Ketika kami duduk di samping Rasulullah SAW, seorang lelaki menemui Baginda, dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku binasa.” Baginda bertanya: “Kenapa?” Jawabnya: “Aku telah menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa.” Dalam riwayat yang lain, dalam bulan Ramadhan. Sabda Baginda: “Adakah kamu boleh mendapatkan hamba untuk dimerdekakan?” Jawabnya: “Tidak.” Baginda bersabda: “Adakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?” Jawabnya: “Tidak.” Sabda Baginda: “Adakah kamu mampu memberi makan 60 orang miskin?” Jawabnya: “Tidak.” Rasulullah SAW diam seketika. Semasa kami berkeadaan demikian, Nabi memberi sebakul tamar, lalu bersabda: “Di manakah orang yang bertanya tadi?” Lelaki itu menjawab: “Aku.” Sabda Baginda lagi: “Ambillah tamar ini dan sedekahkan.” Lelaki itu berkata: “Adakah ada orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah? Demi Allah, tidak ada keluarga yang lebih fakir daripada keluargaku di antara Timur dan Barat Madinah ini!” Nabi SAW ketawa sehingga kelihatan giginya, lalu bersabda: “Berikan makan tamar itu kepada keluargamu.” (Riwayat Bukhari)

Lelaki harus melakukan dua perkara menurut kemampuan:

  1. Memberi makan 60 orang fakir miskin
  2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut
  3. Memerdekakan seorang hamba (sudah tidak releven pada zaman sekarang)

Kalau tidak mampu memberi makan kepada 60 orang fakir miskin, barulah dia boleh berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.

Hukum mandi wajib lepas subuh ketika berpuasa

Kalau kita mula berhadas besar ketika puasa, kalau ikut asasnya puasa kita terbatal. Contohnya, berjimak di siang hari ketika berpuasa, batal puasa. Haid di siang hari ketika berpuasa, batal juga puasa. Dan lain-lain.

Bagaimana pula, sekiranya kita berhadas besar sebelum subuh yakni sebelum mula berpuasa, tetapi mandi wajibnya selepas subuh. Contohnya, berjimak pada pukul 3 pagi. Tertidur, sampai subuh. Masih belum mandi wajib. Bagaimana? Adakah sah puasanya?

Puasanya adalah sah.

Daripada Aisyah dan Ummu Salamah bahawa:

Adalah Rasulullah SAW pernah mendapati fajar telah terbit dan ketika itu beliau dalam keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya. Kemudian beliau mandi dan berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, puasa tetap sah walaupun mandi wajib selepas subuh atau terbitnya fajar.

Hukum mandi wajib lepas sahur

Sekiranya lepas subuh pun sah, maka ini apatah lagi. Hukum mandi wajib selepas sahur, sah puasanya.

Kesimpulan

Hukum mandi wajib selepas sahur adalah sah puasanya.

Rujukan

  1. Romlah. (2012). Pendidikan Islam Informal. Harakindo Publishing.
  2. Kamarul Azmi Jasmi. (2016). Sahur. Ensiklopedia Pendidikan Islam.
  3. Salehuddin Abu Samah. (2013). Panduan berkaitan puasa Ramadan dan Syawal.

Hukum Mandi Wajib Lepas Sahur. Puasa Sah tak? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list