Artikel Terkini

Hukum Minum Ketum. Halal atau Haram?

Hukum Minum Ketum. Halal atau Haram?
Hukum Minum Ketum. Halal atau Haram? 1

Apakah hukum minum air ketum? Artikel ini akan membincangkan berkenaan hukum minum air ketum ini sama ada ia diperbolehkan ataupun tidak.

Pengenalan

Ketum merupakan tumbuhan tropika yang banyak dijumpai di Thailand dan Malaysia. Menurut orang dulu-dulu, mereka banyak menggunakan ketum ini sebagai ubat. Untuk pulihkan sakit belakang. Untuk keluarkan angin dalam badan. Mereka sama ada mengunyah atau dengan meminum air rebusan ketum.

Pokok ketum telah diklasifikasikan sebagai bahan terlarang kerana ia dikenal pasti mampu menjadikan seseorang ketagih. Hal ini kerana pokok ketum mengandungi mitraginin. Disebabkan inilah pokok ketum diisytiharkan sebagai bahan terlarang bermula pada tahun 2003.

Menurut undang-undang, penggunaan daun ketum diharamkan. Sesiapa yang menggunakan daun ketum, maka dia boleh dikenakan penalti kompaun maksimum sebanyak RM10 ribu dan penjara tidak melebihi 4 tahun.

Bahan yang memabukkan

Dalam Islam, terdapat 4 sumber yang disepakati ulama iaitu al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias. Apabila membincangkan tentang bahan-bahan yang memabukkan, amat sinonim kita menggunakan kaedah Qias. Qias itu bagaimana?

Qias itu, apabila kita menyamakan kesan hukum sedia ada pada isu baharu yang belum ada hukum.

Contohnya, sudah maklum dalam Islam bahawa arak itu haram. Persoalannya, mengapa arak itu haram? Kerana ia memabukkan dan merosakkan akal. Jadi, bolehlah ia diqiaskan dengan menghisap dadah. Sebab, kedua-duanya mempunyai kesan buruk yang sama. Maka, hukum hisap dadah adalah haram sama sekali apabila diqiaskan dengan arak. Rasulullah bersabda:

Semua yang memabukkan adalah haram.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, prinsipnya, asalkan memabukkan sahaja, ia terus jatuh kepada hukum haram.

Apa yang memudaratkan boleh jatuh kepada hukum haram

Apa-apa yang boleh memudaratkan 5 perkara yang digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam Maqasid Syariah, boleh jatuh kepada hukum haram. Lima perkara itu adalah:

  1. Agama
  2. Nyawa
  3. Akal
  4. Keturunan
  5. Harta

Sekiranya terdapat apa-apa perbuatan yang merosakkan antara 5 entiti ini, maka ia boleh diklasifikasikan haram. Contohnya, meminum arak boleh merosakkan akal, membunuh boleh merosakkan nyawa, mencuri boleh memudaratkan harta dan seterusnya.

Terdapat satu kaedah fiqh yang dinamakan ad-darar yuzal. Ia bermaksud kemudaratan perlu dihilangkan. Menurut kaedah ini, kita wajar untuk mengelak daripada segala jenis benda yang memudaratkan kita.

Hukum menggunakan ketum

1. Harus

Daun ketum boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang diakui oleh pakar perubatan. Menurut orang dulu-dulu, memang mereka telah lama menggunakan daun ketum untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu dan ia terbukti berkesan. Selain itu juga, daun ketum membantu mereka yang mengalami masalah obesiti untuk menurunkan berat badan.

Ia juga membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi. Sebelum ini, Fatwa negeri Kedah telah menyatakan bahawa Ketum harus digunakan sekiranya ia digunakan sebagai herba dan tujuan perubatan orang dulu-dulu. Malangnya, terdapat kes-kes terpencil golongan yang tidak bertanggungjawab menggunakan ketum untuk tujuan-tujuan lain. Hal ini secara tidak langsung menjadikan ketum sebagai haram untuk digunakan.

2. Haram

Terdapat golongan tertentu yang menjadikan ketum sebagai bahan terlarang. Maknanya, mereka menggunakan ketum secara berlebihan. Sekiranya mereka berbuat demikian, akan ada kesan-kesan sampingan yang tidak baik seperti ketagihan dan sebagainya. Ini yang memudaratkan.

Terdapat juga orang yang mencampurkan ketum dengan pelbagai bahan lain seperti ubat batuk, ubat nyamuk dan sebagainya sehingga mereka dapat berasa stoned dan high (mabuk). Ini terang-terang merosakkan akal.

Dalam situasi ini, ketum yang asalnya harus, apabila ia digunakan dengan cara yang tidak baik dan membahayakan kesihatan, maka hukumnya akan bergantung kepada kesan pengambilannya.

3. Makruh

Apabila ketum diambil hanya untuk suka-suka tanpa menambah sebarang bahan lain ke dalamnya. Ketum seharusnya digunakan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu, tetapi dalam keadaan ini bukan itu tujuannya. Tujuannya adalah untuk suka-suka. Hukum makruh ini boleh secara automatiknya jatuh kepada hukum haram apabila terdapat kesan-kesan yang tidak baik berlaku terhadap kesihatan kita.

4. Wajib

Menggunakan ketum menjadi wajib sekiranya hanya itu merupakan alternatif yang ada untuk merawat penyakit dan sekiranya tidak menggunakannya, pesakit akan makin bertambah sakit. Tetapi, kita perlu mendapatkan khidmat pakar perubatan untuk menggunakan bahan ini sebagai alternatif rawatan.

Kesimpulan

Hukum meminum ketum sehingga stoned adalah haram sama sekali kerana ia memudaratkan akal. Tetapi, ketum boleh digunakan untuk tujuan perubatan setelah mendapat khidmat daripada pakar.

Rujukan

Kertas kerja: The legality of using ketum leaves according to Shariah perspective

Hukum Minum Ketum. Halal atau Haram? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list