Artikel Terkini

Hukum Tampal Gigi Ketika Puasa. Batal atau Tidak?

Hukum Tampal Gigi Ketika Puasa. Batal atau Tidak?
Hukum Tampal Gigi Ketika Puasa. Batal atau Tidak? 1

Artikel ini membincangkan hukum tampal gigi ketika puasa. Adakah rawatan begitu boleh membatalkan puasa? 

Tampal gigi 

Tampal gigi adalah sejenis rawatan gigi apabila terdapat gigi yang berlubang. Gigi yang berlubang boleh dimasuki bakteria dengan mudah. Jadi, perlulah menampal gigi dengan resin komposit atau amalgam. Bahan yang digunakan ini adalah bergantung kepada kesesuaian rawataan. 

Bila anda wajib menampal gigi? 

Anda perlu pergi mendapatkan rawatan menampal gigi bilamana anda terasa sensitif di bahagian berkenaan. Gigi anda pula boleh terasa berlubang dengan lidah anda. Selain itu, anda perlu pergi menampal gigi apabila anda berasa berdenyut-denyut di bahagian gigi tertentu. 

Kepentingan menampal gigi

Pertama, ia mengurangkan sensitif dan sakit gigi. Bolehlah anda makan seperti biasa tanpa terganggu dengan sakit gigi. 

Kedua, ia boleh mengelak daripada lubang itu menjadi lebih besar. Apabila ia menjadi lebih besar, ia akan merosakkan gigi. 

Ketiga, ia membantu menguatkan fungsi gigi iaitu mengunyah. Mengunyah akan menjadi lebih mudah apabila sudah menampal gigi. 

Keempat, ia mengelakkan jangkitan kuman. 

Jenis-jenis tampalan gigi 

1. Amalgam filling 

Jenis tampalan ini berwarna perak kehitaman. Ia sangat kuat dan tidak sesuai ditampal pada gigi hadapan. Tetapi, kelemahannya pula ialah dari segi estetika gigi. Gigi akan tidak kelihatan cantik. 

2. Composite resin 

Tampalan ini pula sama warna dengan gigi, jadi ia tidak kelihatan sangat. Berbeza dengan amalgam filling, jenis tampalan ini sesuai untuk gigi depan. 

3. Glass Ionomer Cement 

Ini juga mengikut warna gigi, cuma ia sangat sesuai untuk gigi belakang. Ia lama-kelamaan akan rapuh. 

Apa yang perlu dilakukan selepas menampal gigi? 

1. Tidak makan dan minum hilang rasa kebas 

Semasa rawatan dijalankan, anda akan diberi bius. Jadi, selepas selesai menampal gigi, anda tunggulah sebenar buat beberapa jam supaya kebas itu hilang. Hal ini kerana takut nanti anda terus makan, anda boleh tergigit bahagian dalam pipi atau lidah. 

Kalau anda mahu makan juga, makanlah makanan yang lembut-lembut seperti yogurt dan sebagainya. 

2. Elakkan mengunyah gigi yang baru ditampal 

Hal ini supaya tampalan gigi itu tidak rosak atau pecah. Jadi, kalau anda menampal gigi di bahagian geraham kanan, makanlah dulu di geraham kiri. Bagi masa tampalan itu sudah kuat dahulu. Takut nanti tampalan itu boleh tercabut. 

3. Elakkan makan makanan yang panas dan sejuk 

Ini selama 24 jam saja, sebab selepas ditampal, gigi akan rasa sensitif. Jadi, elakkan makan makanan yang sangat sejuk atau panas selama lebih kurang 24 jam. 

4. Terus terasa sensitif walaupun sudah lama menampal gigi 

Rasa sensitif sebaik sahaja menampal gigi itu biasa. Namun, kalau sensitiviti itu berterusan sampai seminggu, dua minggu dan seterusnya, anda perlu terus berjumpa dengan doktor kerana boleh jadi terdapat kuman pada saraf gigi anda. 

Hukum rawatan gigi atau tampal gigi ketika puasa

Seorang pakar gigi restoratif, Dr. Anis Ezrina memberi pandangan beliau tentang hukum mendapatkan rawatan gigi ketika berpuasa. 

Rawatan gigi seperti: 

  1. Pemeriksaan pergigian
  2. Tampalan gigi
  3. Rawatan akar gigi
  4. Membuat gigi palsu termasuklah pengambilan acuan gigi
  5. Pengambilan x-ray mulut
  6. Pemberian ubat bius sebelum mencabut gigi
  7. Cabutan gigi
  8. Tertelan air liur semasa rawatan
  9. Berkumur
  10. Berus dan flos gigi
  11. Scaling (membuang karang gigi)
  12. Prosedur korona dan jambatan

Semua rawatan ini tidaklah membatalkan puasa. Hal ini kerana menurut beliau, tidak ada proses untum memasukkan benda sampai ke perut. Bukan itu sahaja, rawatan gigi juga adalah untuk mengelak kemudaratan yang akan menimpa pesakit. 

Contohnya, sakit gusi. Kalau sakit itu tidak dirawat dengan segera, maka ia akan memudaratkan gigi lalu menyebarkan kuman dan sebagainya. 

Pandangan ini, sama dengan fatwa JAKIM: 

Perkara-perkara yang berkaitan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah…Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan atau pembersihan gigi dan memberus gigi menggunakan siwak (tooth cleanser) dengan syarat individu tersebut tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut.

(Garis Panduan Berpuasa Bagi Pesakit, hlm. 6)

Jadi, jelaslah bahawa rawatan gigi tidak membatalkan puasa. 

Kesimpulan 

Sesiapa yang pergi menampal gigi ketika berpuasa bolehlah meneruskan puasanya kerana rawatan gigi tidak membatalkan puasa. 

Rujukan

  1. Tampal Gigi Berlubang – Harian Metro
  2. Tips Selepas Tampal Gigi – Cariblogger.com
  3. Rawatan Gigi Tak Batal Puasa – Berita Harian
  4. Pemeriksaan Rawatan Pergigian: Adakah ia Membatalkan Puasa Anda – Mmgazette.com
  5. Rawatan Memutihkan Gigi di Siang Hari Ramadhan – MuftiWP

Hukum Tampal Gigi Ketika Puasa. Batal atau Tidak? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list